top of page

Ruji Uji sedia jadi 'jambatan penghubung' pengundi Merotai - Putrajaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 38 minutes ago
  • 2 min read
Ruji (kanan) merupakan calon yang berwibawa untuk membawa banyak pembangunan ke DUN Merotai
Ruji (kanan) merupakan calon yang berwibawa untuk membawa banyak pembangunan ke DUN Merotai

Oleh: Akmal Manaf


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N72 Merotai, Datuk Ruji Ubi berazam untuk menjadi ‘jambatan penghubung’ antara penduduk Merotai dan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya bagi memastikan setiap masalah rakyat dapat dibawa terus ke Putrajaya untuk penyelesaian segera.


Harapan itu disuarakan beliau sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 untuk mengemudi DUN berkenaan selepas Perdana Menteri (PM) yang juga Presiden KEADILAN mengumumkan beliau sebagai calon.


Beliau berkata, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki beliau selama ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada ramuan untuk menjadi seorang wakil rakyat yang berkesan sekiranya diberikan kepercayaan oleh penduduk Merotai.


"Alhamdulillah seperti saya sebut sebelum ini, saya bersedia untuk menjadi calon setelah memegang beberapa jawatan penting di kementerian-kementerian besar.


"Saya melihat pengalaman dan pengetahuan saya itu perlu diturunkan ke bawah khususnya untuk mengatasi beberapa isu di Sabah seperti air, jalan raya dan juga elektrik.


"Saya rasa terpanggil untuk turun dan berkongsi pengalaman untuk mentadbir Sabah sekiranya terpilih sebagai ADUN Merotai," katanya dalam satu klip video.


Ruji menyifatkan, kawasan Merotai jauh ketinggalan dan memerlukan kemudahan infrastruktur yang sangat banyak. Semua itu memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakannya.


"Pilihan mereka hanyalah saya daripada PH disebabkan hubungan baik saya dengan pimpinan di peringkat Kerajaan Negeri dan juga pimpinan di peringkat Persekutuan yang mana sebenarnya saya boleh menjadikan jambatan antara Merotai terus ke Putrajaya.


"Semua maklum bahawa saya sendiri diumum oleh PMX. (Berdasarkan) pengalaman saya mentadbir sebelum ini, saya rasa saya tahu di mana keperluan untuk mengusahakan seperti mencari peruntukan untuk melaksanakan projek-projek di Merotai.


"Saya rasa rakyat Merotai melihat ia sebagai satu aset yang sepatutnya tidak dilepaskan peluang ini.


"Walaupun persaingan sengit, tapi beza antara saya dengan calon-calon lain ialah pengalaman saya dalam mendapatkan peruntukan dan kemudahan yang diperlukan rakyat Merotai," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page