Sokong calon PH, rundingan hasil cukai 40% Sabah lancar - Peto Galim
- Suara Keadilan

- 19 hours ago
- 2 min read

Oleh: Akmal manaf
Pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17 seharusnya menyokong calon calon Pakatan Harapan (PH) bagi memudahkan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan kelak berunding hasil cukai 40 peratus dengan Kerajaan Persekutuan.
Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sabah, Datuk Peto Galim berkata, pemimpin negeri dan Persekutuan sebaik baiknya daripada gabungan politik sama, berbanding yang bersikap sebaliknya dan menggunakan naratif keras dalam perundingan.
Hal itu menurutnya, amat penting dipertimbangkan oleh pengundi memandangkan Kerajaan Persekutuan telahpun memulakan rundingan sejak 17 November lalu.
"Kita akan terus ketinggalan jika rundingan dibuat dalam suasana konfrantasi dan bakal merugikan rakyat Sabah.
"Kerajaan pusat setuju lunaskan perkara ini (hasil cukai). Perlu ada rundingan teknikal segera," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah itu juga berkata, calon yang diturunkan PH mempunyai pandangan jauh dalam menguruskan Sabah dengan janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan, latihan kepada anak muda dan sebagainya yang mampu mengubah nasib anak negeri.
"Kita perlu kerajaan yang berpandangan jauh dan inklusif (memerintah) dan mahu bangunkan negeri ini dalam semua bidang," tegas beliau.
Ditanya mengenai parti yang berkempen menggunakan slogan ‘Sabah for Sabahan’ namun di peringkat Persekutuan mahu bersama Kerajaan Pusat, calon DUN Inanam itu berkata, naratif berkenaan telah lama dimainkan oleh parti-parti tertentu, malah pada setiap kali datangnya PRN sejak beberapa dekad lalu.
"Naratif ini telah dimainkan oleh parti parti tertentu sejak dahulu lagi hanya untuk memenangi simpati (pengundi) menjelang PRN," katanya.
Dalam pada itu, Peto turut hairan mengapa parti yang kononnya berjuang untuk rakyat Sabah itu pun saling berlawan sesama sendiri pada PRN kali ini.
"Kalau benar (perjuangkan rakyat Sabah), kenapa parti parti yang guna naratif ini saling berlawan dalam PRN?
"Jadi pengundi mesti bijak memilih calon berdasarkan hasil kerja, latar belakang, kepimpinan, integriti dan program pembangunan calon (bukan termakan slogan)," katanya lagi.









Comments