top of page

Program Ramah Mesra PMX di Tebrau, peluang dengar hala tuju negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Orang ramai khususnya warga parlimen Tebrau dan kawasan DUN Puteri Wangsa dijemput hadir memeriahkan Program Ramah Mesra PMX Bersama Rakyat yang bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Program tersebut dijadual berlangsung di Dewan Terbuka PPR Desa Mutiara pada Ahad, 17 Mei 2026, bermula jam 5.30 petang.


Menurut kenyataan media, penganjuran program itu membuka ruang kepada rakyat untuk bertemu secara lebih dekat dengan Perdana Menteri selain mendengar sendiri aspirasi serta hala tuju negara.


"Ayuh warga Tebrau khususnya di DUN Puteri Wangsa, hadir memeriahkan Program Ramah Mesra PMX Bersama Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Satu kesempatan untuk rakyat bertemu secara dekat, mendengar sendiri aspirasi serta hala tuju Malaysia MADANI demi kesejahteraan bersama," kata kenyataan itu.


Program berkenaan dijangka menjadi platform penting selepas Konvenyen Pakatan Harapan pada hari sama di Johor Bahru.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page