top of page

Berita


Kabin Homestay SejaTi MADANI buka peluang jana pendapatan penduduk
Yuneswaran (berbaju putih) bersama penduduk yang mengusahakan kabin homestay Penduduk Kampung Gudang Garam, Johor berpeluang menjana pendapatan berterusan menerusi pembinaan kabin homestay yang diusahakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menerusi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI). Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, projek berkenaan membuktikan kemampuan komuniti luar bandar merancang dan melaksanakan inisiatif ekonomi berdasark

Suara Keadilan
6 days ago1 min read
Â
Â


AMK Johor sokong Belanjawan 2027, tolak kenakan tindakan kepada Ummi Umairah
Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor menyambut baik Belanjawan MADANI 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, khususnya komitmen kerajaan dalam membela kebajikan rakyat dan menjamin masa depan anak muda. Ketuanya, Faezuddin Puad berkata peningkatan gaji minimum dan penambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) amat dinanti natikan oleh rakyat biasa yang menghadapi benan kos sara hidup. "Peningkatan gaji minimum dar

Suara Keadilan
Oct 191 min read
Â
Â


Semua sekolah Johor ditutup dua hari susulan jerebu
Semua sekolah di seluruh Johor diarahkan tutup selama dua hari mulai esok susulan kemerosotan kualiti udara dan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan di negeri paling selatan di Semenanjung itu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid, selain menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Beliau berkata, penutupan itu membabitkan s

Helmi Mohd Foad
Oct 72 min read
Â
Â


400 pelajar IPT sertai Jelajah Belia Rukun Negara Johor 2026
Yuneswaran (empat dari kanan) bersama anak muda peserta Program Jelajah Belia Rukun Negara, Johor Seramai 400 pelajar daripada 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Johor menyertai Program Jelajah Belia Rukun Negara (JBRN) Peringkat Negeri Johor 2026 bagi menyemai semangat perpaduan dan penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan generasi muda. Program itu dirasmikan penutupnya oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj, yang menyaksikan penyertaan

Suara Keadilan
Oct 41 min read
Â
Â


Struktur binaan perlu ambil kira risiko gempa bumi masa depan - Onn
Arkitek dan jurutera disaran mengambil kira risiko gempa bumi sejak peringkat awal perancangan dan reka bentuk bangunan bagi memastikan struktur yang dibina hari ini lebih bersedia menghadapi kemungkinan gegaran pada masa hadapan. Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar (gambar) berkata, kejadian gegaran dan tempias gempa bumi yang dirasai di beberapa kawasan di Malaysia, khususnya di Johor perlu dijadikan peringatan supaya aspek keselamatan struktur bangunan diberikan perhat

Akmal Manaf
Sep 302 min read
Â
Â


Pesta Tanglung erat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Jementah
Yuneswaran (tengah) teruja menyertai pesta tanglung bersama masyarakat Cina Sambutan Pesta Tanglung 2026 anjuran Kelab Rekreasi Taman Jementah Baru, Segamat semalam menjadi ruang mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum menerusi penghayatan budaya dan semangat kebersamaan. Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran berkata, sambutan yang berlangsung di sebelah Gelanggang Taman Jementah Baru itu berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat setempat bersama keluarga dan sahabat.

Suara Keadilan
Sep 271 min read
Â
Â


RM100,000 perkasa pendidikan digital SK Batu Anam melalui Sekolah Angkat MADANI
Yuneswaran (kiri) menyerahkan mock cheque untuk Program Sekolah Angkat Madani Peruntukan RM100,000 menerusi Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) dimanfaatkan bagi mewujudkan SKEBAT Digital Classroom di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam, di sini. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, peruntukan berkenaan bukan sekadar menyediakan kemudahan teknologi, sebaliknya bertujuan memberi manfaat secara langsung kepada pembangunan murid, pengukuhan ekosistem pemb

Redzuan Shamsudin
Sep 252 min read
Â
Â


Jentera PH DUN Tanjung Surat kekal semangat kebersamaan, kerja berpasukan
Faizul bersama jentera PH Tanjung Surat yang membantunya dalam PRN Johor baru baru ini Jentera Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat, Johor terus dihargai atas sumbangan tenaga, masa dan komitmen mereka dalam membawa suara serta harapan rakyat di kawasan berkenaan. Pengerusi Pakatan Harapan Pengerang, Faizul Abdul Ghani, berkata penghargaan itu dizahirkan menerusi Majlis Penghargaan Jentera HARAPAN Tanjung Surat yang berlangsung dalam suasana mesra dan kekeluargaan di Felda

Redzuan Shamsudin
Aug 281 min read
Â
Â


Lantik Timbalan Exco Johor tiada dalam Perlembagaan - Hassan Karim
Pelantikan 10 Timbalan Exco Johor wajar disemak dari sudut perundangan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar). Perkara tersebut menurutnya perlu diteliti berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. "Sekarang ada 10 lagi ADUN dilantik sebagai Timbalan Exco. Saya puas rujuk dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada disebut di sini tentang peruntukan jawatan Timbalan Exco. "Undang-undang menetapkan tidak lebih daripada 10 Exco, tapi sekarang suda

Akmal Manaf
Jul 231 min read
Â
Â


KDN siasat menyeluruh isu Network School di Forest City
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu operasi Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan terhadap dakwaan penglibatan individu yang menggunakan pasport negara kedua untuk memasuki Malaysia. KDN dalam satu kenyataan memaklumkan kementerian itu memandang serius sebarang perkara yang menyentuh aspek keselamatan negara, pematuhan undang-undang imigresen serta penyalahgunaan kemudahan imigresen negara. "Siasatan yang dijalankan

Helmi Mohd Foad
Jul 142 min read
Â
Â


Hormati mandat Johor, PH bangkit dapatkan semula keyakinan rakyat
Seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Harapan (PH) perlu menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati terbuka serta menjadikannya sebagai pengajaran untuk memperkukuh perjuangan menjelang cabaran politik seterusnya khususnya di Negeri Sembilan. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor adalah mandat rakyat yang perlu dihormati sambil berharap Kerajaan Negeri yang baharu dapat menunaikan amanah dengan

Helmi Mohd Foad
Jul 132 min read
Â
Â


DAP Johor hormati keputusan PRN, akan perbaiki kelemahan
DAP Johor menerima dengan terbuka keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang tidak memihak kepada parti itu, sambil menegaskan komitmen untuk melakukan penilaian menyeluruh terhadap punca kekalahan dan memperbaiki kelemahan. Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching (gambar) berkata, parti itu menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Johor dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan yang diraih. "Dengan rasa rendah hati, DAP menerima keputusan

Suara Keadilan
Jul 122 min read
Â
Â


Kerajaan MADANI teruskan agenda pembangunan Johor - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau berharap amanah yang diterima gabungan itu dapat digalas sebaik mungkin demi kepentingan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat Johor. Menurut beliau, selepas berakhirnya proses pilihanraya dan pesta demokrasi, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha membina masa depan negeri dengan mengutamakan khidmat

Azuan Ab Rahman
Jul 121 min read
Â
Â


Kerajaan pulihkan FELDA, bayar hutang, kehidupan generasi kedua ditambahbaik
Pengumuman Perdana Menteri berhubung komitmen berterusan Kerajaan MADANI terhadap pemulihan FELDA merupakan bukti iltizam politik Kerajaan Madani untuk memulihkan institusi itu secara menyeluruh. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran (gambar) berkata, ketika Kerajaan mengambil alih pentadbiran negara, FELDA masih berdepan pelbagai cabaran kewangan akibat beban hutang yang besar, kelemahan tadbir urus serta keputusan lalu yang menjejaskan kedudukan kewangannya. "Kera

Suara Keadilan
Jul 82 min read
Â
Â


Noktahkan penghijrahan belia Johor Lama - Danish Hossman
Danish Hossman Abd Rahman (gambar) tekad memanfaatkan seluruh tempoh baki kempen untuk hadir menyantuni dan bertemu pengundi di DUN N.37 Johor Lama. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu berkata, momentum positif serta penerimaan rakyat setempat sepanjang tempoh separuh masa pertama kempen telah menjadi "suntikan semangat" untuk beliau membawa perubahan dinamik di kawasan berkenaan. "Apabila menyantuni golongan veteran dan pengundi yang lebih ber

Suara Keadilan
Jul 71 min read
Â
Â


Faezuddin, anak Flat Cempaka tekad bela nasib warga DUN Kempas
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Kempas, Faezuddin Puad (gambar), menegaskan beliau mahu menjadi wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan masyarakat dan komited memperjuangkan hak serta kebajikan penduduk Kempas sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Anak jati Kempas berusia 35 tahun itu berkata, beliau membesar di Blok 20, Taman Cempaka dan menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah

Sidiqin Omar
Jul 52 min read
Â
Â


Perang Siber PRN Johor: Antara Persepsi dan Realiti
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu pengalaman baharu dalam percaturan politik negara, yang mana di peringkat Persekutuan kita menjadi kawan, tetapi di peringkat negeri kita menjadi lawan. Ada penganalisis yang menyifatkan keadaan ini sebagai percaturan politik yang caca merba dan berpotensi mengganggu kestabilan politik negara. PRN Johor kini berada dalam fasa yang semakin panas, bukan sahaja di lapangan fizikal tetapi juga di medan s

Suara Keadilan
Jul 53 min read
Â
Â


Gagasan Johor Sempurna: PH tawar dasar terbaik, pembangunan inklusif - David Cheong
Peluncuran Manifesto PH Jumaat lalu memberi pilihan terbaik kepada Bangsa Johor untuk memilih Pengundi Johor diseru membuat pilihan berdasarkan dasar, integriti dan keupayaan mentadbir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukannya dipengaruhi sentimen atau kepentingan individu. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong berkata PRN Johor merupakan medan penting untuk menentukan hala tuju negeri bagi tempoh lima tahun akan datang, justeru rakyat perlu memilih kerajaan yang

Redzuan Shamsudin
Jul 52 min read
Â
Â


Johor: Rapat jurang kaya - miskin, utamakan agenda rakyat - PM
DS Anwar teruja bersama anak muda, di sebelahnya (kanan) calon DUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Johor dan Malaysia bukan negeri atau negara yang miskin, sebaliknya cabaran utama yang perlu ditangani ialah merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin melebar. Beliau berkata, kerajaan tidak boleh hanya berbangga dengan pembangunan berskala besar, sedangkan masih terdapat kawasan dan kediaman daif yang

Suara Keadilan
Jul 52 min read
Â
Â


Tolak politik perkauman demi masa depan DUN Tenang - Elia Nadira
Elia Nadira gigih berkempen menerangkan tawaran manifesto PH kepada pengundi Johor. Foto: FB Elia Nadira Pilihanraya perlu menjadi medan menawarkan idea, dasar dan penyelesaian kepada masalah rakyat, bukannya platform memecah-belah masyarakat dengan isu kaum yang boleh menggugat keharmonian. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.05 Tenang, Elia Nadira Sabudin menyeru agar semua parti politik agar menghentikan politik sentimen kaum. Sebaliknya, mengutamakan perpaduan serta age

Azuan Ab Rahman
Jul 51 min read
Â
Â
bottom of page
