top of page

Tolak politik perkauman demi masa depan DUN Tenang - Elia Nadira

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Jul 5
  • 1 min read
Elia Nadira gigih berkempen menerangkan tawaran manifesto PH kepada pengundi Johor. Foto: FB Elia Nadira
Elia Nadira gigih berkempen menerangkan tawaran manifesto PH kepada pengundi Johor. Foto: FB Elia Nadira

Pilihanraya perlu menjadi medan menawarkan idea, dasar dan penyelesaian kepada masalah rakyat, bukannya platform memecah-belah masyarakat dengan isu kaum yang boleh menggugat keharmonian.


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.05 Tenang, Elia Nadira Sabudin menyeru agar semua parti politik agar menghentikan politik sentimen kaum. Sebaliknya, mengutamakan perpaduan serta agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

"Hari demi hari, isu perkauman sengaja dipanaskan. Kita bertanding dalam pilihan raya ini untuk membina negeri, bukan meruntuhkan perpaduan yang ada.


"Yang akan jadi wakil rakyat perlu jadi wakil rakyat untuk semua, bukan untuk satu kaum sahaja. Sebab itu saya selalu tekankan dalam setiap ucapan bahawa kita semua satu keluarga," katanya dalam satu program kempen di DUN Tenang.


Elia Nadira sementara itu menegaskan, kemenangan dalam pilihanraya tidak seharusnya dicapai dengan mengorbankan keharmonian masyarakat.


Budaya politik yang memecah-belahkan masyarakat diamalkan parti tertentu jelasnya hanya akan merugikan rakyat dalam jangka panjang, sedangkan kekuatan sebenar Johor terletak pada perpaduan rakyat yang hidup dalam suasana saling menghormati dan bekerjasama.


Justeru itu beliau mengajak pengundi DUN Tenang menolak politik kebencian dan memberikan sokongan kepada agenda yang mengutamakan perpaduan, kestabilan serta pembangunan negeri.


"Masa depan Tenang hanya dapat dibina melalui semangat kebersamaan dan perpaduan seluruh rakyat.Jangan sebab nak menang pilihan raya, kita pecah belahkan masyarakat.


"Sama-sama kita jaga keluarga besar Tenang, sama-sama kita bina masa depan Tenang," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page