top of page

Berita


Pas mahu rebut kerusi Umno, sukarkan kerjasama BN-PN di Melaka
Kerjasama BN-PN di Melaka tidak semulus di Negeri Sembilan. Di Melaka BN menghadapi dilema apabila Pas didakwa pemerhati politik mahu bertanding sehingga 16 kerusi DUN. Sedangkan Umno-BN bertahan di 21 kerusi yang dimenangi mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021 lalu. Antara 16 kerusi yang dikatakan menjadi sasaran Pas ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Mole

Suara Keadilan
Sep 41 min read


Jentera PH DUN Tanjung Surat kekal semangat kebersamaan, kerja berpasukan
Faizul bersama jentera PH Tanjung Surat yang membantunya dalam PRN Johor baru baru ini Jentera Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat, Johor terus dihargai atas sumbangan tenaga, masa dan komitmen mereka dalam membawa suara serta harapan rakyat di kawasan berkenaan. Pengerusi Pakatan Harapan Pengerang, Faizul Abdul Ghani, berkata penghargaan itu dizahirkan menerusi Majlis Penghargaan Jentera HARAPAN Tanjung Surat yang berlangsung dalam suasana mesra dan kekeluargaan di Felda

Redzuan Shamsudin
Aug 281 min read


Bubar DUN S'gor: Jangan baling batu, sembunyi tangan - Pemuda Amanah Shah Alam
Pemuda AMANAH Shah Alam mengingatkan Umno-BN Selangor supaya tidak sekadar mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) sebaliknya membuktikan kekuatan mereka menerusi kerja, dasar dan hujah yang mampu meyakinkan rakyat. Naib Ketua Pemuda AMANAH Shah Alam, Amirul Izwan (gambar) berkata rakyat Selangor mampu menilai rekod setiap parti termasuk percaturan politik yang pernah dimainkan sebelum ini. "Kalau benar yakin rakyat Selangor m

Helmi Mohd Foad
Aug 182 min read


PM beri komitmen selesaikan persempadanan DUN Sarawak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Jurucakap kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah diminta menyediakan laporan terkini berhubung cadangan berkenaan. "Komitmen yang dibuat Perdana Menteri adalah untuk melaksanakan dan ada sedikit proses yang belia

Suara Keadilan
Aug 101 min read


17 kerusi DUN baharu Sarawak: Ambil kira komposisi kaum, pembangunan pedalaman
Cadangan pengwujudan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Sarawak perlu dilaksanakan secara telus dan adil dengan mengambil kira komposisi kaum, kepadatan penduduk serta keperluan pembangunan kawasan pedalaman. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, kajian semula persempadanan dan penambahan kerusi DUN haruslah berpaksikan kepentingan rakyat secara saksama. "Saya menyambut baik usaha pelaksanaan kajian semula persempadanan semula dan penambahan ker

Suara Keadilan
Aug 82 min read


DUN Lambir bakal ditukar ke Pantai Beraya tingkat peluang ekonomi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir dijangka melalui perubahan nama kepada DUN Pantai Beraya sebagai sebahagian daripada proses persempadanan semula yang lebih besar di Sarawak. Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sibuti, Zulhaidah Suboh (gambar) berkata, cadangan tersebut dilihat bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya berpotensi mencerminkan identiti geografi dan hala tuju pembangunan kawasan berkenaan. "DUN Lambir bakal digantikan nama atau di'rebranding

Suara Keadilan
Aug 81 min read


Selangor sasar nilai ekonomi RM612.5 bilion menjelang 2030
DS Amirudin berbahas di Dewan Negeri Selangor. Foto: FB Amirudin Ekonomi Selangor disasar mencecah RM612.5 bilion menjelang 2030 selepas pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2). Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau optimis sasaran itu mampu dicapai sekiranya Selangor mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekitar RM20 hingga RM25 bilion setahun sepanjang tempoh 2026 hingga 2030. "Kerajaan Negeri mensasarkan pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing dalam t

Suara Keadilan
Aug 51 min read


Selangor perkukuh kedudukan Islam, Ahli Sunnah Waljamaah pegangan rasmi
Kerajaan Selangor memperkukuhkan kedudukan agama Islam menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2026 yang menetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai pegangan rasmi pentadbiran hal ehwal Islam selain memperkasa institusi Mahkamah Syariah di negeri itu. RUU berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah (gambar) pada Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini. F

Suara Keadilan
Aug 32 min read


Slip berlogo BN: Calon PH DUN Jeram Padang buat bantahan kepada SPR
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Jeram Padang, Manivanan Gowin (gambar) mengemukakan bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kejadian slip logo Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dibawa masuk di Saluran 5, Sekolah Kebangsaan Rompin pada hari pengundian. Dalam surat bantahan kepada Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nurshahira Shamsudi, Manivanan mendakwa beliau melihat beberapa pengundi membawa masuk kertas berwarna biru ke dalam bilik mengundi sel

Helmi Mohd Foad
Aug 22 min read


Pengundi mahu Aminuddin, PH menang PRN-16 N Sembilan
Mohd Shahir dan Salasiah (berkerusi roda) berdoa agar Tok Min dan PH menang PRN N Sembilan Seorang pengundi dari DUN Port Dickson, berharap Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini. Mohd Shahir Alias, 43 berkata, banyak tawaran berbentuk insentif kewangan yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan. "Tidak timbul soal janji tidak ditunaikan kerana penggal sebelum ini pun anak saya antara yang mendapat manfaat daripada Kerajaan

Suara Keadilan
Jul 311 min read


"Suka ingat yang baik-baik, jadilah orang baik" - Tok Min
Tok Min sentiasa menziarahi warga emas, baik ketika berkempen atau pada hari biasa Pempengaruh media sosial, Devaraj David meluahkan kekaguman terhadap kesederhanaan dan komitmen Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun atau Tok Min, yang disifatkannya seperti ‘pakcik rumah sebelah’ meskipun memegang jawatan nombor satu negeri. Devaraj yang terkenal dengan ungkapan ‘Go Through Sajalah’ berkata, sejak mengenali Tok Min, beliau melihat pemimpin itu tidak pernah

Akmal Manaf
Jul 312 min read


Faez mahu pendidikan jadi keutamaan di DUN Labu
Datuk Faez (berbaju batik) di tengah tengah murid sekolah rendah Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak mahu isu pendidikan terus diberi perhatian dengan memastikan pelajar di kawasan itu tidak tercicir daripada sistem persekolahan. Menurut beliau, pendidikan bukan sekadar membabitkan kemudahan fizikal sekolah, tetapi turut melibatkan usaha mendekati pelajar dan keluarga yang berdepan masalah untuk hadir ke sekolah. "Say

Suara Keadilan
Jul 301 min read


Zarrina fokus kemudahan asas, pekerjaan belia DUN Lenggeng
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lenggeng, Zarinna Abu Zarin (gambar), tampil dengan tujuh tawaran khusus bagi menyelesaikan isu kemudahan asas dan membuka peluang pekerjaan buat golongan muda di kawasan berkenaan. Menurut Zarinna, maklum balas yang diterima sepanjang tempoh berkempen menunjukkan setiap kawasan di DUN Lenggeng mempunyai keperluan berbeza untuk dibangunkan. "Kawasan utara yang merangkumi Lenggeng, Bandar Tasik Senangin (BTS), Broga dan Ulu Beranang masih memerlu

Suara Keadilan
Jul 301 min read


Isu Melayu-Islam terancam dimainkan orang luar, tidak reti Adat Pepatih
Ust Nor Azman (tengah) menolak naratif Melayu-Islam terancam dalam sidang media di Paroi petang tadi Pakatan Harapan (PH) menggesa rakyat Negeri Sembilan menolak politik yang 'memperdagangkan' isu Melayu dan Islam demi meraih undi, sebaliknya menilai prestasi kerajaan berdasarkan rekod pentadbiran, dasar serta manfaat yang telah dinikmati rakyat sepanjang hampir tujuh tahun di bawah kepimpinan Menteri Besar, (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun. Dalam satu kenyataan bersama oleh c

Akmal Manaf
Jul 282 min read


Midport pelabuhan AI pertama negara, peluang kerja penduduk Linggi
Pintu gerbang Midport dibina jauh sebelum PRN membuktikan bukan janji pilihanraya- Foto: Nanyang Property Usaha Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membangunkan Pelabuhan Pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) Midport di Port Dickson menerima reaksi positif warga maya yang berpandangan projek bernilai lebih RM3 bilion itu bakal menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi negeri selain membuka lebih 5,000 peluang pekerjaan. Warga maya, Fairul Al Q

Akmal Manaf
Jul 282 min read


Zarinna tawar inisiatif KASIH Rahmah untuk penduduk DUN Lenggeng
Zarinna (tudung maroon) giat berkempen kepada kelompok wanita DUN Lenggeng Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lenggeng, Zarinna Abu Zarin manyatakan iltizam bagi memastikan kebajikan rakyat kawasan itu sentiasa menjadi keutamaan. Menurutnya, Inisiatif KASIH Rahmah Lenggeng akan dilaksana sekiranya beliau diberi mandat mewakili rakyat kawasan tersebut. "Saya percaya seorang wakil rakyat mesti sentiasa bersama rakyat ketika mereka menghadapi cabaran kehidupan. "Melalui Inisiatif KA

Suara Keadilan
Jul 281 min read


Nasir Rahman bukan asing bagi penduduk DUN Bagan Pinang
Nasir giat berkempen dalam pecutan minggu terakhir di DUN Bagan Pinang Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Bagan Pinang, Nasir Raman bertekad untuk memperkasa sektor pelancongan di sekitar Port Dickson. Menurutnya, usaha itu akan dilaksana dengan meningkatkan kemudahan pelancongan di Teluk Kemang sekaligus meningkatkan ekonomi setempat, terutama kepada peniaga kecil yang bergantung kepada kehadiran pelancong. "Di kawasan pantai, kita lihat penambahbaikan dan naik taraf telah dila

Suara Keadilan
Jul 281 min read


Sokongan luar jangka beri semangat buat calon DUN Chembong
Danish (kanan sekali) berkempen dari rumah ke rumah di DUN Chembong Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N26 DUN Chembong, Danish Nazran Murad menyifatkan sambutan masyarakat sepanjang tempoh kempen sebagai positif, khususnya sokongan memberangsangkan daripada golongan muda. Danish berkata, walaupun terdapat perbezaan sokongan dalam kalangan pengundi yang menjadi perkara biasa dalam arena politik, maklum balas keseluruhan yang diterima sepanjang turun padang amat menggalakk

Sidiqin Omar
Jul 272 min read


Nazri tumpu isu penyelenggaraan, tangani isu banjir di Ampangan
Nazri (kiri) berkempen menemui pengundi di pasar malam DUN Ampangan Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim mahu fokus kepada penyelenggaraan infrastruktur serta penyelesaian isu banjir di kawasan tersebut. Menurutnya, DUN Ampangan merupakan kawasan bandar matang yang memerlukan tumpuan terhadap penyelenggaraan kemudahan awam bagi memastikan kesejahteraan penduduk terus terpelihara. "Saya mahu memberi keutamaan kepada penyelengga

Suara Keadilan
Jul 271 min read


Selesai isu harian sebelum bina Chembong baharu - Danish
Danish (kanan) berkempen sambil menziarahi seorang OKU di DUN Chembong Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Danish Nazran Murad berhasrat memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah harian penduduk sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16). Calon berusia 27 tahun itu berkata, pendekatan tersebut penting kerana setiap lokaliti di DUN Chembong berdepan cabaran yang berbeza dan memerlukan penyelesaian mengikut keperluan masy

Suara Keadilan
Jul 262 min read
bottom of page
