top of page

Midport pelabuhan AI pertama negara, peluang kerja penduduk Linggi

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
Jul 28
2 min read
Pintu gerbang Midport dibina jauh sebelum PRN membuktikan bukan janji pilihanraya- Foto: Nanyang Property
Pintu gerbang Midport dibina jauh sebelum PRN membuktikan bukan janji pilihanraya- Foto: Nanyang Property

Usaha Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membangunkan Pelabuhan Pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) Midport di Port Dickson menerima reaksi positif warga maya yang berpandangan projek bernilai lebih RM3 bilion itu bakal menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi negeri selain membuka lebih 5,000 peluang pekerjaan.


Warga maya, Fairul Al Qasas berkata, Aminuddin yang lebih dikenali sebagai Tok Min dan merupakan Ahli Parlimen Port Dickson sejak November 2022, telah membawa pembangunan itu yang disifatkannya mampu memberi manfaat kepada masyarakat di Linggi.


"Peluang pekerjaan yang dijangka akan diwujudkan, adalah melebihi 5,000 orang. Menariknya, kebanyakan pekerja yang saya jumpa di hotel dan lain-lain (tempat) adalah anak Negeri Sembilan.


"Ya ada orang luar dan pekerja asing, tapi ramainya (majoriti) masih anak-anak Negeri Sembilan dan mereka pengundi di sini," katanya sambil menyifatkan pentadbiran Aminuddin berada di landasan yang baik dan optimis banyak lagi bantuan dapat disalurkan kepada rakyat negeri itu pada masa akan datang.


Tegas Fairul lagi, pembinaan pelabuhan itu bukanlah projek yang dirancang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya telah diusahakan lebih awal sebelum berlangsungnya pilihanraya dan krisis semasa.


"Ketika meninjau Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, saya perasan ada satu pintu besar siap dengan papan iklan.


"Iaitu Midport. Midport ialah Pelabuhan AI pertama di Malaysia yang akan dibina di Pasir Panjang oleh syarikat Tanco.


"Mungkin akan ada orang kata, dah pilihanraya baru nak buat pelabuhan. Tidak ya, sebelum PRN lagi..sebelum ada krisis lagi pelabuhan ini telah dirancang dan diusahakan," katanya.


Pada 14 Julai lalu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis pecah tanah Projek Midport Smart AI Port (Midport) di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson.


Midport Smart AI Port dibangunkan Midports Holdings Sdn Bhd, syarikat dimiliki 79 peratus oleh Tanco Holdings Berhad, dengan kerjasama strategik Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) (MBINS).


Ia dibangunkan di kawasan kira-kira 72.84 hektar dalam Had Pelabuhan Kuala Sungai Linggi yang sudah diwartakan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page