Pengundi mahu Aminuddin, PH menang PRN-16 N Sembilan
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Seorang pengundi dari DUN Port Dickson, berharap Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.
Mohd Shahir Alias, 43 berkata, banyak tawaran berbentuk insentif kewangan yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.
"Tidak timbul soal janji tidak ditunaikan kerana penggal sebelum ini pun anak saya antara yang mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri Sembilan.
"Awal tahun ini anak saya melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi dan menerima insentif RM1,000.
"Saya dah tengok manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan kali ini bantuan menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi dinaikkan kepada RM1,200.
"Malah bantuan ini juga akan diperluaskan ke golongan M40 yang berpendapatan maksima RM8,000.
"Pengundi sewajarnya perlu menyokong Pakatan Harapan kali ini agar semua insentif ini dapat disalurkan kepada rakyat," kata Mohd Shahir.
Dalam pada itu, Salasiah Ismail, 72, yang merupakan ibu kepada Mohd Shahir mendoakan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun kembali mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar.
"Makcik mendoakan Datuk Seri Aminuddin dan calon-calon Pakatan Harapan semuanya menang pada PRN-16 ini," ujar Salasiah.




Comments