top of page

PM beri komitmen selesaikan persempadanan DUN Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Jurucakap kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah diminta menyediakan laporan terkini berhubung cadangan berkenaan.


"Komitmen yang dibuat Perdana Menteri adalah untuk melaksanakan dan ada sedikit proses yang beliau maklumkan kepada Jemaah Menteri yang melibatkan pihak SPR, jadi ini akan dilaksanakan," katanya dipetik laporan media.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS di Kuala Lumpur pada Ahad.


DUN Sarawak pada Julai tahun lalu meluluskan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025.


RUU tersebut bagi menambah 17 kerusi baharu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN negeri itu kepada 99.


Sementara itu menurut Fahmi, tempoh pelaksanaan persempadanan berkenaan masih belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri kerana terdapat beberapa perkara yang masih menunggu tindakan pihak SPR.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page