top of page

Jentera PH DUN Tanjung Surat kekal semangat kebersamaan, kerja berpasukan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Faizul bersama jentera PH Tanjung Surat yang membantunya dalam PRN Johor baru baru ini
Faizul bersama jentera PH Tanjung Surat yang membantunya dalam PRN Johor baru baru ini

Jentera Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat, Johor terus dihargai atas sumbangan tenaga, masa dan komitmen mereka dalam membawa suara serta harapan rakyat di kawasan berkenaan.


Pengerusi Pakatan Harapan Pengerang, Faizul Abdul Ghani, berkata penghargaan itu dizahirkan menerusi Majlis Penghargaan Jentera HARAPAN Tanjung Surat yang berlangsung dalam suasana mesra dan kekeluargaan di Felda Tunggal, Kota Tinggi, semalam.


"Saya berbesar hati dapat bersama-sama dalam Majlis Penghargaan Jentera HARAPAN Tanjung Surat yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan di Felda Tunggal, Kota Tinggi," katanya dalam muat naik di media sosial.

Faizul (kanan) mengagihkan sedikit sumbangan
Faizul (kanan) mengagihkan sedikit sumbangan

Faizul yang merupakan mantan calon PH DUN Tanjung Surat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera HARAPAN yang menyumbang tenaga, masa, buah fikiran serta komitmen, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.


Sebagai tanda penghargaan, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan dan nanas kepada para jentera.


"Nilainya mungkin tidak seberapa, namun ia merupakan tanda ingatan dan penghargaan tulus daripada saya," katanya yang juga Ketua Cabang Pengerang.


Menurut Faizul, kekuatan PH di Tanjung Surat bergantung kepada semangat kebersamaan, kesetiaan dan kerja berpasukan dalam mendepani cabaran politik serta membawa aspirasi masyarakat setempat.


"Kekuatan kita lahir daripada semangat kebersamaan, kesetiaan dan kerja berpasukan. Terima kasih kerana sentiasa bersama dalam perjuangan membawa suara serta harapan rakyat Tanjung Surat," ujarnya.


Tegas beliau, segala jasa dan pengorbanan jentera HARAPAN amat dihargai dan tidak akan dilupakan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page