top of page

Adly Zahari sedia pertahan DUN Bukit Katil

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
44 minutes ago
1 min read
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari. Gambar arkib
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari. Gambar arkib

Penyandang kerusi N17 Bukit Katil, Adly Zahari bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung 14 November depan.


Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka itu berkata, walaupun secara dasarnya, prinsip penyandang akan dinilai dalam pemilihan calon, keputusan akhir hanya akan diputuskan Majlis Presiden PH.


"Kita ada kemukakan pelbagai cadangan peringkat negeri yang akan dibawa ke Majlis Presiden PH untuk diputuskan.


"Apapun keputusan ditetapkan, kita mempunyai semangat untuk akur kepada ketetapan terbabit," katanya dipetik laporan media.


Sebagai rekod, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka menyandang kerusi Bukit Katil selama dua penggal sejak Mei 2018.


Majlis pengumuman calon PRN Melaka mewakili PH dijadualkan di pekarangan Stadium Hang Jebat di Krubong malam ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian dengan hari penamaan calon pada 31 Oktober dan tarikh mengundi awal 10 November.


Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini memaklumkan, PH tidak perlu bertanding di semua 28 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Menurutnya, PH mempunyai peluang lebih baik untuk menang dengan menumpukan kepada hanya 18 hingga 21 kerusi berpotensi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page