top of page

Zarrina fokus kemudahan asas, pekerjaan belia DUN Lenggeng

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lenggeng, Zarinna Abu Zarin (gambar), tampil dengan tujuh tawaran khusus bagi menyelesaikan isu kemudahan asas dan membuka peluang pekerjaan buat golongan muda di kawasan berkenaan.


Menurut Zarinna, maklum balas yang diterima sepanjang tempoh berkempen menunjukkan setiap kawasan di DUN Lenggeng mempunyai keperluan berbeza untuk dibangunkan.


"Kawasan utara yang merangkumi Lenggeng, Bandar Tasik Senangin (BTS), Broga dan Ulu Beranang masih memerlukan beberapa kemudahan asas bagi memenuhi keperluan harian penduduk.


"Antara perkara yang sering disuarakan penduduk ialah keperluan stesen minyak, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), pasar mini dan klinik swasta.


"Itu antara perkara yang saya dapati hasil turun padang dan bertemu masyarakat di kawasan berkenaan," katanya.


Sementara itu sebagai mengulas perjalanan kempennya, Zarinna yang juga Ketua Wanita PH Negeri Sembilan berkata penerimaan masyarakat terhadap kempen yang dijalankan setakat ini amat menggalakkan.


Sambutan tersebut jelasnya memberi semangat kepada beliau untuk terus mendekati rakyat sehingga hari terakhir kempen.


"Alhamdulillah, perjalanan kempen kita semakin semarak dan penerimaan masyarakat sangat memberangsangkan.


"Kita akan terus bekerja dan mendekati rakyat sehingga saat akhir sebelum hari pengundian," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page