Zarinna tawar inisiatif KASIH Rahmah untuk penduduk DUN Lenggeng
- Suara Keadilan

- 54 minutes ago
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lenggeng, Zarinna Abu Zarin manyatakan iltizam bagi memastikan kebajikan rakyat kawasan itu sentiasa menjadi keutamaan.
Menurutnya, Inisiatif KASIH Rahmah Lenggeng akan dilaksana sekiranya beliau diberi mandat mewakili rakyat kawasan tersebut.
"Saya percaya seorang wakil rakyat mesti sentiasa bersama rakyat ketika mereka menghadapi cabaran kehidupan.
"Melalui Inisiatif KASIH Rahmah Lenggeng, kita mahu memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan, khususnya membabitkan pendidikan, kebajikan dan sokongan kepada kumpulan rentan
"Kita juga akan memperkukuh Skuad KASIH Lenggeng sebagai jaringan komuniti yang prihatin dan pantas membantu rakyat," katanya ketika melancarkan tujuh tawaran untuk DUN Lenggeng.
Zarinna yang juga Ketua Wanita PH Negeri Sembilan sementara itu berkata, pembangunan sesebuah kawasan bukan hanya bergantung kepada pembinaan infrastruktur semata-mata, sebaliknya perlu memberi penekanan kepada pembangunan insan.
Justeru itu perhatian akan diberikan kepada bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi, keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang berdepan masalah kesihatan.
"Masyarakat yang kuat ialah masyarakat yang tidak membiarkan seorang pun tercicir," tambahnya.




Comments