top of page

DUN Lambir bakal ditukar ke Pantai Beraya tingkat peluang ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 19 hours ago
  • 1 min read

Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir dijangka melalui perubahan nama kepada DUN Pantai Beraya sebagai sebahagian daripada proses persempadanan semula yang lebih besar di Sarawak.


Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sibuti, Zulhaidah Suboh (gambar) berkata, cadangan tersebut dilihat bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya berpotensi mencerminkan identiti geografi dan hala tuju pembangunan kawasan berkenaan.


"DUN Lambir bakal digantikan nama atau di'rebranding' ke DUN Pantai Beraya dan usul ini merupakan sebahagian dari proses persempadanan semula yang lebih besar di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, nama Beraya bukan sesuatu yang asing bagi kawasan Sibuti, termasuk kewujudan projek pembangunan Perbandaran Beraya Resort yang diumumkan di DUN Lambir, berhampiran sempadan dengan DUN Bekenu.


"Secara realistik, nama ‘Beraya’ bukanlah asing bagi kawasan di Sibuti. Terdapat projek pembangunan 'Perbandaran Beraya Resort' yang diumumkan di DUN Lambir.


"Perubahan nama ini mungkin juga bertujuan mencerminkan identiti geografi yang lebih dikenali ramai," katanya.


Zulhaidah berkata nama Pantai Beraya juga mempunyai kaitan rapat dengan perancangan pembangunan kawasan tersebut yang dijangka membuka peluang ekonomi, pelaburan dan perniagaan kepada penduduk setempat.


"Nama 'Pantai Beraya' bukan sekadar perubahan, ia berkait rapat dengan masa depan pembangunan terancang kawasan tersebut yang dijangka membuka peluang ekonomi, pelaburan dan perniagaan kepada penduduk.


"‘Rebranding’ selari dengan visi menjadikan kawasan ini sebagai hab pertumbuhan," katanya.


Beliau berkata secara keseluruhannya, cadangan perubahan nama itu boleh dilihat sebagai langkah pentadbiran strategik untuk menyelaraskan identiti kawasan dengan projek pembangunan ekonomi utamanya.


"Namun, ia juga mencerminkan realiti bahawa persempadanan ini adalah sebahagian daripada usaha besar untuk menguruskan perwakilan rakyat di negeri yang terus membangun," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page