top of page

"Suka ingat yang baik-baik, jadilah orang baik" - Tok Min

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Jul 31
  • 2 min read
Tok Min sentiasa menziarahi warga emas, baik ketika berkempen atau pada hari biasa
Tok Min sentiasa menziarahi warga emas, baik ketika berkempen atau pada hari biasa

Pempengaruh media sosial, Devaraj David meluahkan kekaguman terhadap kesederhanaan dan komitmen Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun atau Tok Min, yang disifatkannya seperti ‘pakcik rumah sebelah’ meskipun memegang jawatan nombor satu negeri.


Devaraj yang terkenal dengan ungkapan ‘Go Through Sajalah’ berkata, sejak mengenali Tok Min, beliau melihat pemimpin itu tidak pernah penat turun padang menziarahi penduduk, mendoakan orang sakit dan bermalam di masjid demi mendekati rakyat.


Dalam perbualan santai Devaraj dan Tok Min baru-baru ini, beliau yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Linggi, mengakui segala yang dilakukannya bukan untuk mencari pujian, sebaliknya demi kepuasan diri.


"Untuk diri saya. Saya rasa puas kadang-kadang. Saya rasa gembira sendiri-sendiri. Orang tak nak gembira, tak apalah. Aku gembira," katanya sambil tertawa.


Apabila diajukan mengenai kecaman dan hinaan yang sering diterima di media sosial, Tok Min yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri hanya ketawa sebelum berkata beliau melihatnya dari sudut yang berbeza.


"Itu aku sudah dapat pahala. Sebab itu aku panjang umur. Orang yang hina aku belum tentu panjang umur," katanya.


Malah, beliau menyifatkan setiap kecaman bukan alasan untuk menyimpan dendam, sebaliknya terus menyayangi semua orang.


"Memanglah orang benci aku, tapi aku sayang orang. I love all of you," katanya lagi sambil membentuk isyarat hati (mini love) menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.


Menurut Tok Min, setiap orang juga mempunyai pilihan sama ada mahu mengingati perkara yang baik atau pun sebaliknya.


"Memanglah. Itu yang kau ingat, aku ingat lain. Sebab kau suka ingat yang orang jahat, aku suka ingat yang baik-baik. Jadilah orang baik," ujarnya lagi.


Perkongsian santai di tepi pantai itu menggambarkan sisi peribadi Tok Min yang lebih memilih untuk terus berbuat baik meskipun berdepan kritikan, dengan prinsip bahawa kegembiraan dan ketenangan hati lebih penting daripada memenuhi jangkaan orang lain.

1 Comment


Ethan Parker
Jul 31

This was an informative and well-prepared article that offered practical ideas for readers. While learning through tradingview, I found your explanations clear, balanced, and useful for strengthening my understanding of market analysis. I appreciate the effort behind creating educational content that encourages continuous improvement and thoughtful research.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page