top of page

Selangor sasar nilai ekonomi RM612.5 bilion menjelang 2030

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read
DS Amirudin berbahas di Dewan Negeri Selangor. Foto: FB Amirudin
DS Amirudin berbahas di Dewan Negeri Selangor. Foto: FB Amirudin

Ekonomi Selangor disasar mencecah RM612.5 bilion menjelang 2030 selepas pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2).


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau optimis sasaran itu mampu dicapai sekiranya Selangor mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekitar RM20 hingga RM25 bilion setahun sepanjang tempoh 2026 hingga 2030.


"Kerajaan Negeri mensasarkan pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing dalam tempoh RS-2 iaitu 2026-2030, KDNK Selangor diunjurkan berkembang menjadi RM612.5 bilion pada 2030 selepas kita selesai melengkapkan RS-2.


"Selangor akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai nilaian ekonomi RM500 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun kerana kadar pertumbuhan yang diunjurkan bagi setiap tahun sekitar RM20 hingga RM25 bilion.


"Kalau kadar itu ditetapkan dalam dua tahun dari sekarang, Insya-Allah kita akan ada nilaian ekonomi RM500 bilion," katanya dipetik pada sidang Dewan Negeri Selangor pada Selasa.


Sementara itu menurut Amiruddin, Selangor terus menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi negara hasil pelaksanaan beberapa langkah termasuk Rancangan Selangor Pertama (RS-1).


Sasaran pertumbuhan KDNK Selangor sebanyak 6.3 peratus pada 2026 turut disokong asas ekonomi negeri yang kukuh serta aktiviti ekonomi yang berterusan.


"Kedudukan ini mencerminkan keberkesanan beberapa langkah Kerajaan Negeri seperti RS-1 dan program mesra pelaburan seperti SPEED Selangor dan pengupayaan pihak berkuasa tempatan serta usaha dilaksana semua termasuk anak syarikat yang mampu teruskan rentak Selangor sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page