Program Kepimpinan KEADILAN Johor persiapan menjelang PRN
- Suara Keadilan

- 50 minutes ago
- 1 min read

Program Kepimpinan KEADILAN Johor anjuran Biro Latihan negeri telah berlangsung dengan jayanya di Telok Gorek, melibatkan pimpinan di peringkat Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), kelmarin.
Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim berkata, program tersebut menerima sambutan yang menggalakkan, dan sebagai salah satu persiapan sekiranya Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal.
"Program Kepimpinan KEADILAN Johor anjuran Biro Latihan KEADILAN Johor telah berlangsung dengan beberapa sesi melibatkan pimpinan di peringkat Cabang, Wanita dan AMK.
"Alhamdulillah, program mendapat kehadiran yang baik dengan pelbagai pengisian bermanfaat dalam memperkukuh kefahaman serta gerak kerja organisasi," katanya dalam hantaran di media sosial.
Menurut beliau, program tersebut dimantapkan dengan kehadiran Ketua Wanita KEADILAN Pusat yang menyempurnakan majlis penutup.
"Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita KEADILAN Pusat, YB Fadhlina Sidek," ujarnya.
Program berkenaan berupaya menjadi platform penting memperkukuh kepimpinan parti di peringkat negeri, selain meningkatkan koordinasi serta keberkesanan gerak kerja organisasi bagi mendepani PRN yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.




Comments