Mengundi semakin hampir, gelombang rebut undi makin panas
- Suara Keadilan
- 7 minutes ago
- 3 min read

Oleh: Noraini Nordin
Sorotan PRN Sabah ke 17: Kurang tujuh hari daripada tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17 bakal berlangsung yang melibatkan pertandingan di 73 kerusi DUN seluruh negeri tersebut.
Gelombang PRN kali ini dirasakan jauh berbeza daripada sebelumnya. Pilihanraya diwarnai dengan kisah-kisah sebalik tabir yang menarik dan pastinya mencatatkan pelbagai sejarah untuk ditulis sebagai kenangan serta rujukan masa depan.
Penulis yang sudah berada di negeri di bawah bayu (dua hari sebelum penamaan calon sehingga kini) untuk membuat liputan PRN berpeluang menyaksikan kemeriahan kempen serta dapat merasa sendiri bahang PRN yang semakin hari semakin panas.
Walaupun bumi Sabah hampir setiap petang dibasahi hujan sehingga ada waktunya dilanda banjir kilat di beberapa kawasan ia tidak mengugat semangat para calon serta jentera untuk meneruskan kempen mereka di kawasan sasaran.
Persiapan rapi calon PH
Bagi calon-calon Pakatan Harapan (PH) persiapan rapi untuk memasuki `medan perang’ PRN sudah dimaksimumkan sebelum hari penamaan calon lagi.

Persediaan yang mencakupi semua bidang termasuk logistik, latihan, fizikal dan mental memantapkan lagi penyertaan calon-calon PH dalam PRN yang amat mencabar untuk kali ini.
Kekuatan jentera sudah diaktifkan PH secara menyeluruh termasuk sukarelawan yang didatangkan khas dari seluruh negara.
Di mana sahaja kawasan yang menjadi tumpuan termasuk pasar-pasar awam, padang serta pusat reakrasi menjadi sasaran jentera kempen untuk menyantuni pengundi.
Masyarakat Sabah sendiri amat bangga dan berbesar hati menerima kehadiran para pemimpin PH, khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang sentiasa peka memastikan kesejahteraan rakyat.
Aura PMX yang menyinari Sabah memberi kelebihan kepada calon-calon PH untuk menyakini pengundi di kawasan DUN yang mereka tandingi.
Nurul Izzah ligat bantu kempen PH
Turut ligat berkempen dan berkampung di Sabah adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Sifat rahmah mesra Nurul Izzah menyantuni pengundi serta jentera memberi nilai tambah kepada calon-calon PH.
Bagaimanapun, masih agak awal untuk penulis membuat rumusan secara keseluruhan berkaitan dengan PRN ini. Senarionya di Sabah pada masa ini, persoalan siapakah calon yang akan menang, parti manakah yang akan bakal memegang tampuk pemerintahan negeri Sabah masih menjadi menjadi `teka teki”.
Siapakah pilihan pengundi muda?
Calon-calon yang bertanding juga kelihatan masih lagi `seram sejuk’ dalam menilai hati pengundi khasnya kalangan golongan muda. Adakah pengundi-pengundi muda mahu memilih mereka sebagai wakil rakyat?

Dalam pada itu, jangan ingat pengundi Sabah tidak `cakna’ dalam memilih calon. Mereka juga sudah semakin bijak dan celik politik. Tinjauan penulis di kawasan awam mendapati, soksek-soksek PRN mula menjadi bualan.
Rata-rata pengundi teruja untuk mengetahui calon-calon dan parti mana yang akan memenangi pilihanraya kali ini. Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat wakil rakyat baharu bagi kawasan mereka.
Sebagai rujukan bagi PRN kali ini secara keseluruhan seramai 1,784,843 orang pemilih berdaftar layak untuk mengundi yang melibatkan 1,760,41,417 orang pengundi biasa, 11,697 orang pengundi tentera dan pasangan serta 12,729 orang pengundi polis dan pasangan PGA.
Jumlah tersebut juga termasuk 28,455 orang OKU dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di 940 pusat mengundi yang ditetapkan oleh SPR.
Paling menjadi tumpuan juga adalah di 15 kawasan `hot spot’ iaitu di kawasan Kota Kinabalu dan beberapa kawasan Pantai Timur Sabah.
Bagaimanapun sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, PDRM telah menempatkan seramai 9,300 pegawai dan anggota di seluruh Sabah untuk menjaga keselamatan di 73 DUN yang dipertandingkan dalam PRN ini.
Bermakna dengan adanya kawalan keselamatan kempen berlangsung lancar dan calon serta jentera boleh menjalankan kempen dengan tenang.





