top of page

Kulasegaran jelaskan kehadiran di Mahkamah Jawi, bukan iringi Arun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17
  • 1 min read

Timbalan Menteri, M. Kulasegaran (gambar), tampil memberikan penjelasan berhubung kehadirannya di Mahkamah Majistret Jawi, dengan menegaskan beliau hanya singgah sebentar untuk bertemu Arun Dorasamy dan tidak terlibat dalam prosiding mahkamah.


Menurut beliau, kunjungan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang.


"Saya berada di Pulau Pinang semalam untuk menghadiri satu mesyuarat dan singgah di Mahkamah Majistret Jawi pagi ini dalam perjalanan pulang untuk bertemu Arun Dorasamy serta menggesanya supaya mempercayai proses perundangan ketika beliau bersiap sedia menghadapi prosiding yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Kulasegaran, beliau telah lama mengenali Arun sejak mewakili Indira Gandhi dalam cabaran perundangan berkaitan anak-anaknya sebelum ini.


Beliau turut menegaskan bahawa pertemuan tersebut hanyalah ringkas dan berlaku di luar bilik mahkamah.


"Saya ingin menjelaskan bahawa saya hanya bertemu Arun secara ringkas di sekitar kawasan kompleks mahkamah sebelum beredar. Saya tidak berada di dalam bilik mahkamah ketika pertuduhan dibacakan dan prosiding dijalankan," jelasnya.


Sehubungan itu, beliau menekankan prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang perlu terus dipelihara.


"Seperti biasa, semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan proses perundangan yang sewajarnya mesti dihormati," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page