top of page

Timbalan Menteri diminta jelaskan kehadiran di Mahkamah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17
  • 1 min read

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Foad, mempersoalkan kehadiran Timbalan Menteri, M. Kulasegaran, yang dilihat menemani aktivis Arumugam Dorasamy di mahkamah menghadapi pertuduhan menyebabkan kegentaran awam, dan menuntut penjelasan segera berhubung kapasiti kehadiran tersebut.


Menurut beliau, kehadiran seorang anggota pentadbiran kerajaan dalam situasi sedemikian berpotensi menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.


"Kita mahu penjelasan jelas daripada Timbalan Menteri tentang kapasiti kehadirannya di mahkamah.


"Perkara ini tidak boleh dibiarkan tanpa penjelasan kerana ia boleh memberi gambaran yang salah kepada rakyat, seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun atau menunjukkan sokongan politik terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Faezuddin Puad, situasi tersebut turut menimbulkan kebimbangan terhadap implikasi yang lebih besar terhadap imej pentadbiran negara.


"Kita bimbang tindakan ini boleh menjejaskan imej Kerajaan Madani serta Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia sekiranya tidak ditangani dengan baik," ujarnya.


Kulasegaran pagi tadi dilihat bersama aktivis Arun di Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page