Saingan 13 penjuru bawa ‘tenaga positif’ menang di Inanam - Peto Galim
- Suara Keadilan

- 2 days ago
- 1 min read

Penyandang DUN Inanam yang juga calon mewakili Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pertembungan 13 penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah kali ini sebagai cabaran yang membawa tenaga positif.
Datuk Peto Galim berkata, jumlah calon yang ramai di kerusi itu memberi peluang kepada pengundi menilai secara lebih mendalam kemampuan, integriti dan kepimpinan setiap individu yang bertanding.
"Saya melihat dari sudut positif. Cabaran ini memberi tenaga untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita layak dipilih.
"Pemilihan wakil rakyat bukan main-main, tetapi tentang siapa yang mampu mengangkat Inanam menjadi lebih baik," katanya dipetik.
Peto, yang sebelum ini dilantik sebagai Pembantu Menteri II Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah sementara itu menjelaskan saingan banyak penjuru bukan perkara luar biasa dalam PRN Sabah.
Namun situasi itu jelasnya sedikit menyukarkan pengundi mengenali calon yang kurang menonjol dari sudut rekod dan kemampuan.
Sebagai rekod, kerusi DUN Inanam kekal dimenangi KEADILAN sejak PRN 2013, menjadikannya kubu penting buat PH di Sabah.
Pada PRN 2020, Peto memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,638 undi dalam pertandingan 10 penjuru.









Comments