top of page

Bahasa bukan halangan interaksi dengan pengundi Cina - Thonny Chee

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 33 minutes ago
  • 1 min read

Thonny (dua dari kanan) giat berkempen di DUN Api Api mempertahankan kerusi tersebut
Thonny (dua dari kanan) giat berkempen di DUN Api Api mempertahankan kerusi tersebut

Oleh: Helmi Foad


Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi N20 Api-Api, Thonny Chee menolak dakwaan beliau sukar berinteraksi dengan pengundi masyarakat Cina memandangkan komuniti tersebut sememangnya fasih berbahasa Melayu.


Beliau beranggapan lebih baik berbahasa Melayu atau Inggeris dengan mereka daripada cuba bertutur dengan bahasa Cina tetapi kurang fasih.

"Dalam memperjuangkan sebuah organisasi atau masyarakat itu saya rasa soal bahasa itu tidak terbatas. Memang saya tahu di Api-Api, komuniti Cina terutamanya, semua fasih berbahasa Melayu. Juga fasih berbahasa Inggeris.


"Jadi saya boleh gunakan dua bahasa ini untuk berkomunikasi dengan mereka. Jadi orang yang cuba menggunakan isu ini sebenarnya dia melihat mungkin komuniti Cina itu tidak bijak (berbahasa selain Mandarin).


"Sedangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu di dalam komuniti Cina terutamanya di Sabah ini semua fasih. Jadi saya tidak nampak ada isu," katanya kepada pemberita bau baru ini selepas program walkabout di sekitar Kampung Air, Kota Kinabalu.


Bagaimanapun, Thonny berkata pada masa sama beliau sedang giat mempelajari bahasa Mandarin.


"Saya boleh faham cuma kadang-kadang membalas itu baiklah kita balas dalam bahasa Melayu daripada kita balas dengan terbalik bahasa itu. Nanti dia punya maksud berbeza pula.


"Sebab (bahasa) Cina ini dia ada intonasi dia yang berbeza-beza. Kadang-kadang sebutan dia sama tapi bila intonasi dia itu diubah sikit lain maksud.


"Jadi bagus saya cakap bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang mana mereka pun faham," ujarnya.


Dalam pada itu, Thonny Chee berkata, pengurus kempen beliau berketurunan Cina manakala pengarahnya adalah Melayu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page