top of page

Jamawi tekad selesai isu perumahan, pertanian ekonomi utama DUN Melalap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Isu perumahan dan pertanian dijanji Jamawi dalam kempen akan menjadi agenda utama sekiranya menang
Isu perumahan dan pertanian dijanji Jamawi dalam kempen akan menjadi agenda utama sekiranya menang

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar, menegaskan agenda perumahan rakyat dan pemerkasaan pertanian sebagai teras khidmatnya jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17.


Menurut Jamawi, beliau komited menambah projek rumah mampu milik di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bagi memenuhi keperluan perumahan kawasan itu yang tidak boleh dilengahkan lagi.


"Satu projek perumahan LPPB yang sedang dalam pelaksanaan kini 70 peratus siap tetapi ia tidak mencukupi kerana hanya ada 50 buah (rumah) tetapi permohonan yang kita terima 412 orang.

"Sekiranya kita (PH) diberi amanah sebagai wakil rakyat, ia akan memudahkan mendapatkan lagi tambahan peruntukan bagi membina perumahan di kawasan Melalap ini," katanya dipetik.


Beliau sementara itu menjelaskan, sebahagian penduduk terpaksa tinggal sehingga empat generasi dalam satu rumah, sekali gus mewujudkan tekanan sosial.


Jamawi sementara itu turut bertekad membangunkan semula lot komersial terbengkalai dengan kerjasama pelabur di kawasan tersebut agar peluang perniagaan dan pekerjaan dapat diwujudkan.


Sebagai bekas pegawai pertanian, Jamawi turut mahu memberi nilai tambah kepada usaha membangunkan sektor pertanian di DUN tersebut dengan mencadang mewartakan kawasan hutan sesuai sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan sekaligus memberi peluang golongan belia menceburi bidang berkenaan.


"Sebagai bekas pegawai pertanian, saya yakin pertanian Melalap boleh dijadikan sumber ekonomi utama untuk penduduk," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page