top of page

Berita


Calon PH tidak kurang Sabahnya, elak main sentimen negeri demi politik
Lih Kang (kiri sekali) sewaktu mengiringi Thonny Chee (tengah) pada penamaan calon Sabtu lalu Calon-calon yang ditampil Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah kali ini kesemuanya adalah anak negeri di bawah bayu yang mempunyai semangat untuk membangunkan kawasan mereka, demikian kata Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang. Beliau berkata, PH walaupun bersifat nasional, ia mempunyai cabang organisasi di setiap negeri termasuk Sabah. "Ada orang y
5 days ago1 min read


Thonny Chee sentiasa pantau pembangunan, masalah penduduk Pulau Gaya
Thonny (kiri) bersama Datuk Mustapha disambut meriah pengundi di Pulau Gaya Oleh: Akmal Manaf Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Api Api, Thonny Chee menegaskan komitmennya untuk terus memantau setiap perkembangan melibatkan masyarakat setempat bersama pasukannya dan memastikan suara penduduk dibawa ke meja pembuat keputusan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah, 29 Nov ini. Menurut satu kenyataan, calon daripada KEADILAN itu telah mengun
5 days ago2 min read


Akses pendidikan, rekreasi belia jadi agenda Ruji Ubi di Merotai
Datuk Ruji berkempen dalam PRN Sabah berjanji menangani isu kemudahan sukan dan rekreasi anak muda Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi berikrar untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kemudahan belia dengan mewujudkan pusat rekreasi khusus di kawasan itu sekiranya diberikan mandat pada pilihanraya kali ini. Menurutnya, penyediaan ruang riadah yang terancang amat mendesak di kawasan tersebut memandangkan golongan muda sekitar Bo
5 days ago1 min read


Kerjasama baik Negeri–Persekutuan kunci pembangunan Sabah
Rakyat Sabah tidak mudah terpengaruh dengan propaganda politik murah yang tidak membawa manfaat kepada masa depan kehidupan mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata tahap kematangan politik pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 semakin meningkat kerana mereka kini menuntut ketelusan, akauntabiliti dan agenda pembangunan yang sebenar dari ahli politik. "Pengundi Sabah juga bersi
5 days ago1 min read


Persekutuan-Sabah mulakan rundingan Pemberian Khas 40% hasil negeri
Rundingan antara Persekutuan dan Sabah berjalan lancar meskipun Kerajaan Negeri baharu belum dibentuk Oleh: Azuan Ab Rahman Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yakin isu Pemberian Khas 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah dapat diselesaikan dengan cermat dan teratur. Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak memaklumkan bahawa mesyuarat pertama Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas peringkat pegawai telah diadakan pada Isnin, sekali gus menjadi asas
5 days ago1 min read


Hari Peneroka, Penoreh Lagud Seberang disambut meriah, lebih 500 hadir
Calon PH DUN N42 Melalap, Datuk Jamawi menyaksikan pemberian geran tanah kepada peneroka Oleh: Shaiful Anuar S Sambutan Hari Peneroka dan Penoreh Skim Penempatan Getah Lagud Seberang di Tenom, Sabah berlangsung meriah baru baru ini apabila lebih 500 peneroka, penoreh serta penduduk setempat hadir menyertai program itu yang diadakan sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan komuniti berkenaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Sabah Urban Development Corporation
5 days ago1 min read


PH tawar kerjasama stabil dengan Pusat jika menang kerusi DUN Sabah
Dari kiri: DS Tengku Zafrul, DS Saifuddin, Thonny Chee dan Lih Kang dalam sidang media di DUN Api Api Penyertaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17 adalah untuk menjadi rakan strategik mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan. Hal itu ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, PH hanya meletakkan calon tidak sampai satu pertiga daripa
5 days ago2 min read


Pertahan Inanam: Bukan isu kuasa tetapi tunai amanah - Peto Galim
Peto Galim dalam program Walk-About sempat singgah di kedai kopi di Inanam Capital bertemu pengundi Oleh: Helmi Mohd Foad Calon Pakatan Harapan (PH) yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Datuk Peto Galim menegaskan penglibatannya dalam politik bukanlah bertujuan inginkan kuasa sebaliknya bagi melaksanakan amanah rakyat melalui rekod penyampaian yang jelas sejak memegang jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu. Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sabah it
6 days ago2 min read


Calon PH DUN N62 Silam tarik diri, hormati hubungan parti sekutu - Mustapha
Oleh: Akmal Manaf Penarikan diri calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) N62 Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan keputusan peribadi beliau tanpa sebarang tekanan mana-mana pihak luar, kata Datuk Mustapha Sakmud (gambar) . Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah itu berkata, pihaknya mengambil maklum perkara tersebut dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Abdul Halim. "Kami menghorma
6 days ago1 min read


Rakyat Sabah berhak dapat kerajaan prihatin, adil, bela semua pihak
Oleh: Akmal Manaf Rakyat Sabah seharusnya memperkukuh kerjasama dan mengekalkan semangat saling menerima serta menghormati antara satu sama lain bagi memperteguh politik dan pentadbiran di negeri berkenaan. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, rakyat Sabah seharusnya mengundi Pakatan Harapan (PH) yang tidak membawa politik perkauman atau kenegerian. Beliau menegaskan, rakyat Sabah adalah setara dengan Semenanjung atau 'Malaya' dan mereka berhak mendapat ker
6 days ago2 min read


Jamawi komited tawar pembangunan tersusun di DUN Melalap
DS Anwar dalam majlis Rahmah Mesra PM Sayang Sabah bersama Datuk Jamawi di DUN Melalap, semalam Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan komitmennya untuk membawa agenda pembangunan lebih tersusun di kawasan itu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17. Menurut Jamawi, empat daripada lapan aku janji dalam manifestonya — termasuk usaha memperkasa belia — telah menerima persetujuan awal Perdana
6 days ago1 min read


Temui setiap pengundi, sebarkan agenda reformasi untuk kemenangan PH
Datuk Mustapha mahu pastikan jentera PH-KEADILAN sebarkan penerangan dari rumah ke rumah Oleh: Helmi Mohd Foad Kekuatan ientera parti menjadi nadi kepada kemenangan Harapan Rakyat (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bagi membolehkan mereka menemui setiap pengundi. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata jentera parti perlu bersatu Dan bekerja keras di setiap pusat daerah mengundi (PDM). "Setiap pengundi yang kita temui, setia
6 days ago1 min read


Isu air, jalan raya, kemiskinan ditangani Kerajaan Madani secara berperingkat
Peto Galim berkempen di Kg Kokol bersama pemimpin KEADILAN Selangor Hee Loy Sian (kiri) Calon Pakatan Harapan (PH) mempertahankan DUN Inanam, Datuk Peto Galim, menegaskan bahawa pelbagai masalah rakyat di kawasan tersebut sedang ditangani secara berperingkat oleh Kerajaan Madani, termasuk isu air, jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kemiskinan. Menurut beliau masih banyak isu yang perlu diselesaikan, namun menegaskan Kerajaan Madani telah bergerak secara agresif dalam tempo
7 days ago2 min read


Isu 40% cukai: Pembangkang Sabah gagal faham penghakiman - Prof Dr Azmi
Oleh: Hasbul Ahmad Kekeliruan yang timbul berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah berpunca akibat salah faham dan naratif yang tidak tepat, sedangkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tidak pernah menyebut bahawa Kerajaan Persekutuan culas atau gagal menunaikan tanggungjawab membayar hasil tersebut kepada Sabah. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, isu sebenar tidak pernah berkait dengan kegagalan p
7 days ago2 min read


'Pesta Demokrasi' PRN Sabah: Pertarungan 596 calon rebut 73 kerusi DUN sengit
Oleh: Noraini Nordin Sorotan PRN Sabah ke-17: Sebaik sahaja selesai penamaan calon semalam, rata-rata calon-calon yang bertanding tidak bertangguh lagi untuk merapati pengundi di kawasan masing-masing. Siapapun yang menjadi calon pasti tidak sempat `mengesat peluh’ apatah lagi persaingan merebut hati pengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) kali ini disaingi lebih empat penjuru dan ada juga terpaksa menghadapi lawan 14 penjuru. Lebih mencabar lagi ada juga
7 days ago2 min read


PH parti PMX, janji akan ditunaikan selepas PRN - Mustapha Sakmud
Datuk Mustapha ditemui ketika mengiringi calon DUN Api Api di pusat penamaan calon semalam Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, menyeru semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah supaya berkempen dalam suasana sihat, matang dan menghormati prinsip demokrasi. Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tampil dengan calon terbaik untuk rakyat pada pilihanraya kali ini dan akan berkempen dengan teratur serta men
7 days ago2 min read


PMX pemimpin berani selesaikan isu 40% hasil Sabah
Oleh: Hasbul Ahmad Keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pengembalian 40% hasil bersih yang dikutip Persekutuan di Sabah adalah langkah bersejarah dalam hubungan Persekutuan–Sabah sejak termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Herbert Roger menegaskan bahawa hanya PMX yang benar-benar berani untuk menyelesaikan tuntutan be
7 days ago2 min read


JPRN Selangor terus bantu kemenangan calon PH di PRN Sabah
JPRN Selangor di bawah Dr Sathia bermesyuarat menentukan strategi dan gerak kerja membantu jentera PH Oleh: Azuan Ab Rahman Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor menegaskan komitmen untuk terus membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan menggerakkan jentera secara tersusun dan berfokus di beberapa kawasan utama. Pengarahnya, Dr Sathia Prakash Nadarajan pada Sabtu telah mempengerusikan mesyuarat persiapan terakhir bersama p
7 days ago1 min read


PRN: Sabah perlukan kerajaan sehaluan Persekutuan - Penganalisis
Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan agar agenda pembangunan dapat dilaksana tanpa diganggu konflik dalaman atau pertukaran kepimpinan yang kerap. Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kestabilan politik merupakan prasyarat utama bagi memastikan komunikasi dan penyaluran dana antara kerajaan Persekutuan dan negeri berjalan lancar. "Sejarah menunjukkan ketidakstabilan Kerajaan Negeri ter
7 days ago1 min read


Roti Gardenia: 'Malu kalau PN menang di Sabah'
Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah memperlekeh pengundi Sabah dengan kenyataan “bagi roti Gardenia pun cukup” terus dipertikai pemimpin Pakatan Harapan. Terbaharu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar mengecam keras kenyataan berkenaan yang disifatkan menghina pengundi di Sabah. Menurut Mahfuz, ucapan yang diungkapkan dalam Sidang DUN Kedah itu merupakan tindakan biadab dan merendahkan martabat rakyat Sabah. "Kenyataan Exco Pas Kedah bahawa rakyat ‘
Nov 152 min read
bottom of page





