PRN Sabah: Pilih calon PH, pembangunan bukan sekadar janji - Dr Fuziah
- Suara Keadilan

- 3 days ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Pengundi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRN) Sabah ke-17 diminta untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) untuk kesejahteraan mereka dan meningkatkan pembangunan negeri.
Setiausaha Agung KEADILAN, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, calon PH perlu dimenangkan esok bagi meneruskan pelbagai penambahbaikan untuk Sabah.
Beliau berkata, menerusi pengamatan pihaknya, pengundi di Negeri Bawah Bayu mahukan Kerajaan Negeri yang stabil dan mempunyai kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan.
"Sebab mereka tahu Sabah akan jadi lebih kuat dan maju apabila penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan itu terus kekal.
"Kita ada masa dalam 24 jam sebelum rakyat Sabah mengundi. Jadi saya ingin menyeru seluruh rakyat Sabah untuk membuat pilihan yang bijak. Satu pilihan demi masa depan negeri Sabah yang lebih hebat dan lebih maju.
"Pilihahlah PH dan Kerajaan MADANI yang memang telah melaksanakan kebaikan untuk Sabah yang bukan sekadar janji," katanya ketika ditemui Suara Keadilan di program Grand Finale HARAPAN URANG SABAH di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah semalam.
PRN17 Sabah diadakan berikutan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada 6 Oktober lalu.
PRN17 Sabah menyaksikan 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri itu.









Comments