Kerajaan sedia tambah baik pelaksanaan sistem e-invois, SST - PM
- Suara Keadilan

- Nov 27
- 1 min read

Kerajaan MADANI menyatakan kesediaan untuk menilai semula sistem percukaian runcit yang mendapat kritikan para peniaga kecil apabila Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan meneliti sistem berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan bersedia menyelaras dan menambah baik pelaksanaan sistem e-invois dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi memastikan dasar percukaian tidak membebankan perusahaan kecil.
Hal itu diumum PM dalam siri ceramah jelajah Pakatan Harapan (PH) semalam. Katanya, beliau telah maklum akan keresahan peniaga di Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Keresahan itu telah direkodkan untuk tindakan susulan.
"Kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan e-invois dan SST selepas mendengar kebimbangan yang disuarakan oleh peniaga kecil.
"Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sikap saling menghormati dan penolakan politik perpecahan serta sentimen perkauman," katanya sewaktu berucap dalam satu perhimpunan di Karamunting, Sandakan, Sabah.
Sebelum ini, isu e-invois dikatakan antara penyebab bakal berlakunya peralihan undi Cina di kerusi DAP dan KEADILAN Sabah daripada PH kepada Warisan, berikutan ketidakpuasan hati peniaga Cina terhadap sistem percukaian terbaharu itu.
Dengan penjelasan PM kepada para pengundi Cina diharapkan isu berkenaan selesai menjelang hari mengundi pada 29 November ini.









Comments