top of page

Model Kerajaan Perpaduan di pusat kini dibentuk di Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 2 min read

DS Hajiji Noor menandatangani watikah sebagai Ketua Menteri kerajaan campuran di Sabah. Foto: FB Hajiji
DS Hajiji Noor menandatangani watikah sebagai Ketua Menteri kerajaan campuran di Sabah. Foto: FB Hajiji

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Melihat susunan kabinet kerajaan negeri Sabah yang mengangkat sumpah semalam, tidak dapat dinafikan ianya seperti model Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat.


Kabinet itu dianggotai oleh beberapa parti yang sedia bekerjasama dengan GRS yang mengetuai kerajaan negeri, meskipun berlawan ketika pilihanraya diadakan.


Inilah sebenarnya makna demokrasi sebenar yang mana selepas keputusan diumumkan, perkara yang diutamakan ialah mewujudkan kestabilan agar Kerajaan Negeri yang baharu dibentuk dapat berjalan seperti sepatutnya.


Dengan demikian, tugas mengutamakan pembelaan rakyat adalah keutamaan selepas ini, manakala faktor politik diletakkan di samping.


Susunan Kabinet yang diyakini


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan pada awal pagi Ahad, manakala 10 lagi Ahli Jemaah Menteri mengangkat sumpah petang semalam di Istana Seri Kinabalu di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.


Berikut ialah senarai penuh Ahli Jemaah Menteri Sabah:


Ketua Menteri : Datuk Seri Hajiji Noor


Timbalan Ketua Menteri I : Datuk Dr Joachim Gunsalam (Menteri Kerja Raya dan Utiliti) - GRS.


Timbalan Ketua Menteri II : Datuk Masidi Manjun (Menteri Kewangan) - GRS.


Timbalan Ketua Menteri III : Datuk Ewon Benedick (Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan) - UPKO


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan : Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif - GRS.


Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan : Datuk Jamawi Jaafar - PH.


Menteri Pembangunan Luar Bandar : Datuk Rubin Balang - GRS.


Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk James Ratib - GRS.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar : Datuk Jafry Ariffin - BN.


Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat : Datuk Julita Mojungki - GRS.


Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif : Datuk Nizam Titingan - GRS.


Dengan kepelbagaian parti dan pelbagai latar belakang, susunan kabinet ini adalah yang terbaik dan diyakini mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Sabah bagi tempoh lima tahun mendatang.


ree

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page