Kemenangan GRS petanda rakyat mahu parti tempatan pro Kerajaan Madani
- Redzuan Shamsudin

- 8 hours ago
- 2 min read

Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRN) Sabah ke 17 menyaksikan kemenangan besar parti-parti tempatan, khususnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali gus mengesahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negeri yang memahami keperluan Sabah secara dekat.
Bagi Pengarah Strategi KEADILAN Johor, Prakash Maniam, kemenangan GRS mempunyai dua makna iaitu petanda bahawa rakyat mahu kepimpinan tempatan yang berkesan, namun pada masa sama menghargai kestabilan nasional di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, sokongan besar terhadap GRS — yang selama ini konsisten bekerjasama dengan Kerajaan Madani — membuktikan bahawa pengundi Sabah menilai kepimpinan berdasarkan prinsip, rekod pentadbiran serta komitmen terhadap agenda pembangunan negeri.
"Rakyat Sabah menghargai kestabilan nasional, kepimpinan berprinsip, serta komitmen Kerajaan Madani dalam memperjuangkan hak-hak Sabah termasuk pelaksanaan MA63, pembangunan wilayah, dan keterjaminan ekonomi.

"Sokongan GRS terhadap Kerajaan Madani — dan kemenangan besar yang mereka peroleh — menunjukkan bahawa pendekatan kepimpinan Datuk Seri Anwar yang stabil, adil dan berpaksikan pembangunan telah membantu meyakinkan pengundi.
"Mereka melihat kerjasama ini sebagai satu landasan penting untuk membawa lebih banyak projek pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kemenangan GRS selari dengan keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan agenda penting Kerajaan Madani, termasuk tuntutan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pemerkasaan pembangunan wilayah, serta usaha meningkatkan keterjaminan ekonomi di Sabah.
Prakash yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tebrau berkata, kerjasama erat antara parti-parti tempatan dan Kerajaan Madani telah membantu meyakinkan pengundi bahawa kestabilan politik nasional mampu membawa lebih banyak projek pembangunan, peluang pekerjaan serta peningkatan taraf hidup rakyat negeri itu.
Beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan menghormati mandat rakyat Sabah dan komited bekerja rapat dengan kerajaan negeri serta parti-parti tempatan, termasuk GRS, dalam memastikan pentadbiran berintegriti, pembangunan pesat dan peluang ekonomi yang lebih adil kepada semua.









Comments