top of page

Masalah bekalan air Sabah selesai tahun depan, janji kerajaan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 28
  • 1 min read

DS Anwar tegas berjanji menyelesaikan masalah bekalan air Sabah di grand finale kempen PRN Sabah
DS Anwar tegas berjanji menyelesaikan masalah bekalan air Sabah di grand finale kempen PRN Sabah

Oleh: Akmal Manaf


Rakyat Sabah diminta untuk memberi sokongan kepada calon pro Kerajaan Persekutuan, khususnya Pakatan Harapan demi memudahkan penyelesaian masalah kekurangan kemudahan asas di negeri itu.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen pusingan akhir Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRN) Sabah semalam di DUN Api Api menegaskan, Kerajaan Persekutuan akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah bekalan air Sabah pada tahun depan.


Katanya, isu bekalan air itu bukan lagi soal janji pilihanraya, sebaliknya komitmen yang sedang dilaksanakan. Kata beliau, tidak sepatutnya bekalan air masih terganggu sedangkan Sabah telah mencapai kemerdekaan sejak 1963.


"Sekejap ada, sekejap tak ada. Jadi kalau orang Sabah marah, saya faham tapi jangan marah dengan kita (kerajaan).


"Kita (kerajaan) bagi duit, (proses) sudah berjalan. Tahun depan sebahagian besar selesai (isu air) untuk negeri Sabah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan," katanya ketika menyampaikan ceramah Grand Finale DUN Api-Api, di Kota Kinabalu, Sabah.


Dalam ceramah sama, Presiden KEADILAN itu ‘menyindir’ janji parti lain yang mendakwa masalah bekalan air akan selesai sekiranya mereka menang sambil menegaskan penyelesaian sebenar sedang dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau ketika ini.


"Iyalah (akan selesai tahun depan), (sebab) kami (Kerajaan Persekutuan) dah buat (dulu).


"Kita dalam proses (menyelesaikan) masalah air. Bukan baru berjanji atau janji pilihanraya. Saya cuma beritahu apa yang telah dilakukan, orang Sabah kena tahu," katanya lagi.


Masalah bekalan air menjadi antara isu utama dalam kempen pilihanraya kali ini oleh parti parti tempatan. Walaupun pemimpin parti parti berkenaan sebelum ini telah pernah menjadi Menteri malah menguasai Kerajaan Negeri Sabah, tetapi mereka sendiri gagal menyelesaikan masalah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page