Strategi bertanding berasingan berjaya elak Kerajaan Perpaduan Sabah dilanda tsunami?
- Suara Keadilan

- 39 minutes ago
- 2 min read

Strategi kepimpinan pusat dan negeri untuk bertanding secara berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 dilihat memainkan peranan penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan Sabah yang baharu.
Menurut Aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Syam Ghaz, perkembangan politik Sabah sejak beberapa bulan lalu, termasuk isu tular #Justice4Zara, keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah, serta dakwaan tekanan politik terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri, menjadi faktor penting dalam perancangan awal parti-parti kerajaan.
Katanya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sangat peka dengan perkembangan politik Sabah. Oleh itu GRS, PH, BN dan UPKO bertanding secara berasingan dan kemudian membentuk kerjasama selepas menang pada 29 Nobember 2025.
Syam berkata, strategi tersebut mengelakkan risiko kekalahan besar sekiranya parti-parti berkenaan bertanding sebagai satu koalisi sejak awal dan ditolak rakyat Sabah yang dibuat gelombang "Sabah For Sabahan".

"Jika bertanding atas koalisi besar, comfirm banyak lagi kerusi kalah dan Warisan dapat bentuk kerajaan dengan PN," jelasnya.
Beliau menambah, keputusan rasmi PRN membolehkan kerajaan negeri baharu dibentuk dengan komposisi GRS (29 kerusi), BN (6), Bebas (5), UPKO (3), PH (1) dan KDM (1).
Syam turut menyentuh strategi UPKO yang menurutnya berjaya memanfaatkan sentimen tempatan, manakala pertandingan berasingan antara GRS dan BN dilihat sebagai “friendly fight” bagi mencapai matlamat lebih besar dalam pembentukan kerajaan.
Namun, katanya, gelombang tsunami parti tempatan itu menyebabkan PH mengalami kekalahan besar.
"Warisan dan PH banyak bertembung di kerusi bandar. Gelombang amat kuat, hingga kalah di kerusi tradisi. Memang sengit sebab gelombang Sabah for Sabahan, sebiji seperti gelombang Hijau PN landa semenanjung tempohari di PRU15.
"Cuma bezanya kali ini gelombang itu lahir daripada rakyat, bukannya daripada PN atau Warisan
"Jika tidak kena strategi PRN Sabah, Warisan dan PN dah boleh bentuk kerajaan, dan Kerajaan Perpaduan tumbang di Sabah. Ini yang pembangkang mahukan," katanya.
Mengulas Warisan yang kembali sebagai pembangkang terbesar dalam DUN Sabah, Syam Ghaz berharap parti itu akan menjadi semak imbang yang baik kepada Kerajaan Negeri.
"Warisan kini menjadi pembangkang kuat untuk semak dan imbang. PN pula menang satu, kalah 36 kerusi dan hilang deposit di banyak kawasan."
Mengenai kenyataan Pengarah Pilihan Raya PN Sabah mengenai isyarat “Say No to Anwar” pula, berdasarkan keputusan pilihanraya, kedudukan undi popular menunjukkan sebaliknya.
"Data tidak boleh menipu… PN cuma dapat 41,584 undi popular walaupun tanding 42 kerusi, berbanding PH yang dapat 75,938 undi walaupun tanding 22 kerusi," katanya.
Beliau menambah bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan Sabah yang selari dengan kerajaan Persekutuan ini membolehkan rundingan MA63 diteruskan termasuk isu 40 peratus hasil Sabah, selain memastikan bantuan pembangunan berterusan.
"Terima kasih rakyat Sabah. Anda semua telah membuat keputusan, kita hormati. Dan buat semua kepimpinan PH dan Kerajaan Perpaduan, inilah masanya bermuhasabah dan baiki dasar supaya lebih mesra rakyat," katanya lagi.









Comments