top of page

Pemberian Khas RM600 juta bukti PM jaga pembangunan, rakyat Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 30 minutes ago
  • 2 min read

DS Saifuddin meyakinkan PM jaga Sabah di Program Ramah Mesra PMX Bersama Warga Karamunting
DS Saifuddin meyakinkan PM jaga Sabah di Program Ramah Mesra PMX Bersama Warga Karamunting

Oleh: Akmal manaf


Pemberian Khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM600 juta kepada Sabah bagi tahun hadapan, menjadi bukti paling jelas kesungguhan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan pembangunan di negeri itu tidak lagi ketinggalan, khususnya dari sudut kemudahan asas rakyat.


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemberian khas yang diberikan oleh Anwar itu merupakan paling tinggi dalam sejarah yang pernah dicatatkan.


"Itu menjadi satu bukti yang sangat jelas bagaimana beliau bersungguh-sungguh untuk membangunkan Sabah.


"Dari sudut kemudahan asas rakyat, ianya tidak boleh lagi ketinggalan setelah berpuluh tahun kita bersama dalam sebuah negara yang merdeka ini," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Program Ramah Mesra PMX Bersama Warga Karamunting di Sandakan, Sabah semalam.


Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan komitmen PM Anwar yang memilih untuk melawat tiga negara di benua Afrika baru-baru ini.


Beliau berkata, meskipun ketika ini perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China terus dijaga, hubungan dagang dalam kalangan negara ASEAN juga diperkukuh, namun strategi baharu PM Anwar adalah membuka pasaran baharu khususnya dengan negara-negara di benua Afrika.


Selain itu, Saifuddin juga menyentuh ulang tahun ketiga pemerintahan Kerajaan MADANI yang mana di bawah PM Anwar dan sejak hari pertama memegang jawatan, beliau telah meletakkan empat perkara penting sebagai asas kepimpinan.


"Pertama, PM mahu mewujudkan kestabilan politik dalam negara. PM mahu bekerja untuk menjadikan politik Malaysia stabil.


"Lawan kepada politik yang stabil ialah politk kucar-kacir. Negara yang kucar-kacir tidak baik untuk kehidupan rakyat dan juga ekonomi. Kerana itu, yang pertama mesti dibuat ialah menjaga kestabilan politik.


"Kedua, PM bekerja keras untuk memakmurkan ekonomi dan banyak petunjuk ekonomi (telah dapat dilihat). Nak tahu ekonomi negara itu sihat atau sakit, kita tengok petunjuk dari segi ekonomi mikro dan kehidpan rakyat terbanyak.


"Kita belum mencapai keadaan terbaik yang kita mahukan, tetapi usaha PM telah menunjukkan hasilnya.


"Seterusnya, PM turut menumpukan untuk menjaga kebajikan rakyat setelah politik negara stabil dan ekonomi makmur. Itu adalah tumpuan utama PM sepanjang beliau memegang jawatan," ujar beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page