top of page

Calon KEADILAN diramal mampu tawan tujuh daripada 12 kerusi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Noraini Nordin


Sorotan khas PRN Sabah ke 17: Sekurang-kurangnya tujuh kerusi DUN daripada 12 calon yang mewakili KEADILAN (juga wakil Pakatan Harapan) diramalkan mampu membuat kejutan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRN) Sabah ke- 17 yang pengundiannya berlangsung esok.


Berdasarkan tinjauan dan kajian semasa, calon KEADILAN yang berpotensi meraih undi mengatasi pesaing adalah yang mewakili kerusi N.23 Petagas (Awang Husaini), N.72 Merotai (Ruji bin Ubi), N.42 Melalap (Jamawi Jaafar), N.54 Karamunting (Karamunting), N.35 Sindumin (Yamani Hafez), N.20 Api-Api (Thonny Chee) dan N.18 Inanam (Peto Galim).


Turut diramal mampu membuat kejutan di saat akhir ialah calon KEADILAN di N.06 Bandau, Zaidi Jatil yang mewakili anak muda dan Remysta Jimmy Taylor yang bertanding di N.26 Moyog.


Walaupun persaingan amat sengit sejak hari pertama kempen, iaitu sebaik sahaja selesai proses penamaan calon pada 15 November lalu, namun lorong kemenangan sudah mula berpihak kepada calon-calon tersebut.


Hakikatnya senario politik Sabah amat bergantung kepada data terbaharu pengundi, latar belakang struktur sosial serta geopolitik masyarakat Negeri Di bawah Bayu itu.


Kecenderungan pilih calon etnik yang sama


Paling ketara adalah kecenderungan majoriti pengundi yang masih `pekat’ untuk memilih calon yang sama etnik dengan mereka.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Selain itu, memilih calon-calon yang berpengaruh dalam kalangan `warlord’ juga masih menjadi amalan pengundi terutama dalam kalangan generasi lama.


Kehadiran tokoh-tokoh pimpinan pusat terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar juga antara faktor mempengaruhi pola pengundi khasnya yang pengundi `atas pagar’.


Usaha keras pasukan jentera yang bergandingan dengan calon juga turut membantu hingga tempoh berkempen semakin tiba ke garisan penamat.


Usaha gigih berkempen secara temuan mata dari rumah ke rumah juga menjadi faktor meraih undi.


Ligat mengaktifkan media sosial


Calon-calon yang bijak berkempen secara fizikal dan ligat mengaktifkan media sosial adalah nilai tambah yang turut menjadi faktor kemenangan mereka.

Sementara itu, tiga lagi calon KEADILAN yang mewakili kerusi DUN Tulid (Datin Rufinah Pengeran) DUN Segama (Rosmansa Lamin) dan DUN Gum Gum (Abdul Said Pimping) terus melipatgandakan usaha meraih undi untuk memenangi kerusi masing-masing.


Usaha mereka tidak boleh dipandang ringan kerana peluang meraih kemenangan terbentang luas dan tidak mustahil pengaruh mereka juga berupaya menarik undi di DUN yang ditandingi.


Sebagai rujukan, bagi PRN kali ini secara keseluruhan seramai 1,784,843 orang pemilih berdaftar layak untuk mengundi yang melibatkan 1,760,41,417 orang pengundi biasa, 11,697 orang pengundi tentera dan pasangan serta 12,729 orang pengundi polis dan pasangan PGA.


Jumlah tersebut juga termasuk 28,455 orang OKU dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di 940 pusat mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan rujukan, kajian (bersama pihak berkaitan PRN Sabah) serta tinjauan sepanjang penjelajahan di Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page