top of page

Kehadiran Amy Search, Baby Shima meriahkan kempen calon PH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read
Momentum kempen Datuk Jamawi di DUN Melalap semakin meningkat dibantu para artis tanah air
Momentum kempen Datuk Jamawi di DUN Melalap semakin meningkat dibantu para artis tanah air

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kehadiran golongan artis terkenal tanah air dalam membantu calon-calon turut memeriahkan lagi suasana kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.


Menjelang seminggu hari pengundian, acara-acara hiburan dan keramaian yang santai dimanfaatkan oleh calon-calon untuk mendekati rakyat khususnya golongan muda selain menyatupadukan masyarakat setempat.


Salah seorangnya penyanyi, Baby Shima, secara sukarela turun ke kawasan DUN Melalap bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Jamawi Jaafar.


Jamawi berkata, pihaknya amat menghargai kehadiran Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli membantu kempen di DUN Melalap.


"Saya amat menghargainya..dari 24 November, Shima berkampung di Melalap hingga 28 November untuk menghiburkan rakyat di kawasan DUN Melalap," katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook.


Juara Bintang Idola Berita Harian 2010 itu berkata, beliau sudah mengenali Jamawi sekeluarga sejak belasan tahun dahulu apabila membantu menonjolkan bakat nyanyiannya.

Baby Shima bertungkus lumus bantu kempen
Baby Shima bertungkus lumus bantu kempen

"Dahulu Shima biasa saja, jual kuih dan buat kek, orang susah... Jadi jasa Datuk Jamawi dan Datin memperkenalkan ikut keliling untuk tunjuk bakat.


"Segala jasa tidak dapat nak balas, sebab itu datang sukarela bantu calon nombor 3, DUN Melalap," katanya yang pernah menyertai program Big Stage musim pertama di Astro Ria.


Terdahulu pada Ahad lalu, artis Lan Typewriter, Yabang Jinbara, Adam AF, Man Kinabalu dan Ronnie Hussein turut menyertai program Santai Anak Muda Melalap di Kampung Jawa.


Sementara itu, artis rock terkenal tanah air, Amy Search turut membuat persembahan di DUN Merotai bagi menghiburkan penduduk setempat sebagai sebahagian daripada kempen calon PH, Ruji Ubi.


Program Fiesta Demi Merotai itu turut membariskan penyanyi Caprice, Nazu, Dani Kurama dan kumpulan Silet Open Up (Tabola Bale).


Sebelum itu, Amy Search ditampilkan dalam konsert Himpunan Hanya Ada Yang Satu anjuran Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang bertanding di kerusi Lamag.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page