top of page

Berita


Inisiatif Sekolah Angkat MADANI tingkat keselesaan SK Bayan Baru
Sim Tze Tzin (empat dari kanan) meninjau ke Sekolah Angkat MADANI di SK Bayan Baru Peruntukan RM100,000 menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI berjaya membantu menaik taraf kemudahan dan keselesaan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin berkata, peruntukan tersebut sudah digunakan bagi melaksana beberapa projek termasuk pemasangan penghawa dingin di empat kelas pendidikan khas, pemasangan kipas ber

Suara Keadilan
Oct 31 min read


Cikgu Idrus dikenang sebagai guru gerakan Reformasi
Allahyarham Cikgu Idrus bersama Steven Sim Allahyarham Idrus Ibrahim—abang kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang sebagai sosok bapa dan guru bagi gerakan Reformasi. Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Permatang Pauh, Amir Ghazali berkata, seluruh warga KEADILAN Pulau Pinang berdukacita atas pemergian Idrus yang lebih mesra disapa sebagai Cikgu Idrus. "Cikgu Idrus memainkan peranan aktif ketika Anwar dipenjarakan pada tahun 1999 dengan membawa aspirasi ge

Suara Keadilan
Sep 262 min read


Anwar pulang dari Shanghai, ziarah jenazah abang di Cherok Tokun
DS Anwar solat jenazah bersama pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang dan rakan rakan allahyarhan Idrus Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru pulang daripada lawatan kerja di Shanghai, China, hari ini terus ke Cherok Tokun bagi menziarahi jenazah abangnya, Allahyarham Idrus Ibrahim. Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 11.05 pagi di kediaman keluarganya di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tokun bersama isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ketibaan Perdana Menteri disambut suasana

Helmi Mohd Foad
Sep 252 min read


PH Pulau Pinang semak semula kerjasama dengan Umno
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berhasrat membincangkan kedudukan Umno dalam Kerajaan Negeri susulan kenyataan beberapa perwakilan Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini yang disifatkan sebagai serangan terhadap PH dan Kerajaan Negeri. Timbalan Pengerusi PH Pulau Pinang, Faiz Fadzil (gambar) berkata isu tersebut menjadi antara agenda utama mesyuarat PH negeri yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. "Berlaku beberapa kenyataan tidak sepatutnya di PAU daripada p

Suara Keadilan
Sep 251 min read


Padang awam Batu Uban dicadang dinaik taraf, tiang gol futsal diluluskan
Kumaresan menendang bola simbolik merasmikan Kejohanan Bola Sepak Hari Malaysia, Piala YB A Kumaresan Padang awam Kampung Batu Uban dicadang untuk dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk yang menggunakannya untuk aktiviti sukan serta riadah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, beliau telah memohon pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempertimbangkan kerja-kerja menaik taraf padang berkenaan termasuk menambah baik

Suara Keadilan
Sep 242 min read


Elaun guru KAFA, pegawai masjid di P Pinang naik mulai Oktober
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan peningkatan elaun guru dan ketua guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berkuat kuasa Oktober ini. Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid (gambar), elaun berkenaan dinaikkan sebanyak RM200 kepada RM1,700 dan RM1,800 sebulan bagi setiap kategori. Keputusan Kerajaan Negeri itu hasil daripada kekukuhan kutipan zakat semasa dan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan guru KAFA te

Suara Keadilan
Sep 231 min read


Tanah Sungai Dua perlu dibangunkan dengan Rumah Mampu Milik
Kumaresan (berbaju putih) bersama penduduk tempatan yang mahukan penyelesaian segera isu tanah di Sungai Dua yang berlarutan sejak sedekad lalu Tanah bertentangan Restoran Golden Phoenix di Sungai Dua yang masih belum mempunyai penyelesaian selepas kira-kira 35 tahun perlu dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat setempat, khususnya melalui pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) dan kemudahan awam. ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, beliau konsisten membangkitkan isu berkenaa

Suara Keadilan
Sep 11 min read


Merdeka tiada makna jika rasuah, perpecahan masih belenggu rakyat – PM
DS Anwar berucap pada Program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat Madani 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Pulau Pinang, semalam Perdana Menteri (PM) memberi peringatan bahawa kemerdekaan negara tidak akan membawa makna sekiranya rakyat masih dibelenggu rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta perpecahan dalam masyarakat. Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemerdekaan bukan sekadar meraikan sambutan tahunan, sebaliknya menuntut keberanian rakyat untuk mempertah

Suara Keadilan
Aug 301 min read


Intuitive Surgical pilih Malaysia, kejayaan tarik pelaburan RM2 bilion di P Pinang
Syarikat robotik perubatan terkemuka dunia, Intuitive Surgical, memilih Malaysia sebagai lokasi kemudahan pengeluaran utama mereka di luar Amerika Syarikat dan China dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin (gambar) berkata, pelaburan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun dan membabitkan pembinaan kemudahan bertaraf dunia di Pulau Pinang. Beliau berkata, kejayaan membawa pelabur

Redzuan Shamsudin
Aug 162 min read


Jalur Gemilang tidak lengkap: Di T'ganu hukum lain, di P Pinang lain?
Sikap berbeza Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani isu Jalur Gemilang yang dipasang tidak lengkap di Terengganu menimbulkan persoalan sama ada pendirian mereka mengenai patriotisme bergantung kepada lokasi dan kepentingan politik. Ketua Cabang KEADILAN Pontian, Haniff Hosman berkata, persoalan itu timbul susulan insiden Jalur Gemilang yang didakwa dipaparkan tanpa lambang bulan dan bintang di Terengganu kelmarin namun Menteri Besar Terengganu meny

Sidiqin Omar
Aug 142 min read


Kumaresan bantu keluarga tanpa tempat tinggal, pastikan kanak kanak bersekolah
Kumaresan (baju putih) bersama staf Jabatan Kebajikan Malaysia membantu keluarga Nur Aisyah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan membantu sebuah keluarga yang berdepan masalah kediaman, dokumen pengenalan dan akses pendidikan selepas mereka ditemui menumpang di masjid serta tidur di kaki lima di sekitar Sungai Dua. Beliau berkata, keluarga berkenaan terdiri daripada seorang ibu tunggal, anak lelakinya berusia tujuh tahun dan seorang lelaki berusia 50an yan

Redzuan Shamsudin
Aug 72 min read


Tiada tempat kenyataan menghina kaum di Malaysia - PM
DS Anwar dalam ucapannya P Pinang membidas ucapan pemimpin pembangkang mempersenda kaum lain Tiada pemimpin yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan kenyataan menghina atau mengenepikan mana-mana kaum di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan masyarakat majmuknya, dan perkara itu mesti dipertahankan. Mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kaum ketika ber

Suara Keadilan
Jul 252 min read


PH Pulau Pinang perkukuh strategi hadapi PRU
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sudah diarah untuk meneliti kelemahan dan perkukuh strategi terutama bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengerusinya Chow Kon Yeow (gambar) berkata, semua jawatankuasa kecil PH di negeri itu sudah diminta mengadakan mesyuarat dan membentangkan laporan berkaitan pada awal Ogos depan. "Kita terima baik pandangan yang merupakan nasihat yang boleh memperbaiki apa-apa kelemahan, menambah baik kekuatan dan menyusun semula strategi

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Prestasi ekonomi tiga negeri PH melonjak, catat KDNK RM637.9 bilion
Prestasi ekonomi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sepanjang 2023 hingga 2025 membuktikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mampu memacu pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata, ketiga-tiga negeri itu merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang memberangsangkan, dengan jumlah keseluruhan ekonomi mencecah RM637.9 bilion. Dalam tempoh yang sama ujarny

Akmal Manaf
Jul 102 min read


JPS lulus peruntukan baiki tebing Sg Dua Besar di Taman Batu Uban 2
Kumaresan (kanan sekali) bersama pegawai JPS turun meninjau lokasi robohan tebing sungai Kerja-kerja membaiki struktur tebing Sungai Dua Besar dan rizab penyelenggaraan di Taman Batu Uban 2 akan dilaksanakan selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperoleh kelulusan peruntukan bagi projek berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan berkata beliau turun padang bersama pegawai JPS kelmarin bagi meninjau kawasan yang terjejas susulan kejadian hakis

Suara Keadilan
Jul 32 min read


ADUN Batu Uban bantu kanak-kanak perlukan pembedahan katarak
Kumaresan mendengar rayuan ibu kepada Elzhara Sofia memohon bantuan pembedahan mata anaknya Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan katarak pada mata kirinya yang perlu dilakukan segera bagi mengelakkan komplikasi lebih serius. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, beliau menerima kunjungan ibu bapa kanak-kanak tersebut, Elzhara Sofia, yang memohon bantuan untuk menampung kos rawatan. Men

Suara Keadilan
Jun 211 min read


Perjanjian air Perak - P Pinang dijangka dimeterai minggu depan
Perjanjian perbekalan air Perak ke Pulau Pinang dijangka dimeterai penghujung minggu depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar). Menurutnya, rundingan dan perbincangan mengenai projek itu telah memasuki fasa akhir dan pemuktamadan beberapa perkara teknikal sedang diperhalusi oleh pakar dan pegawai daripada kedua-dua pihak. "Secara tentatifnya, kita telah menetapkan minggu depan untuk kedua-dua pihak menandatangani perjanjian tersebut. "Pelbagai aspek teknikal masih dipe

Suara Keadilan
Jun 171 min read


ADUN Batu Uban salur bantuan RM10,000 baiki lif Jade View
Kumaresan (memegang cek) menyumbangkan bantuan kewangan membantu pengurusan Jade View Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan turun padang mengadakan sesi dialog bersama penduduk Jade View bagi mendengar sendiri isu yang dihadapi komuniti setempat. Dalam pertemuan tersebut, antara isu utama yang dibangkitkan ialah keperluan mendesak untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan lif di Blok 302 yang memerlukan tindakan segera di kawasan perumahan yang mem

Suara Keadilan
Jun 161 min read


PH P Pinang wujud tiga jawatankuasa baharu menuju PRU16
Pengerusi PH P Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan tiga jawatankuasa baharu menuju PRU 16 Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menambah tiga jawatankuasa baharu sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, penubuhan tiga jawatankuasa itu dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan PH Pulau Pinang 2026 pada Sabtu. Hal itu membabitkan Jawatankuasa Manifesto Pilihanraya yang diketuai

Suara Keadilan
May 241 min read


STEAM penting lahir tenaga kerja mahir masa depan — Kumaresan
Kumaresan (berbaju putih) teruja dengan pameran STEAM anjuran SMK Bukit Gambir Program STEAM & Career Day 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir dilihat sebagai inisiatif penting dalam memperkukuh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik (STEAM) di samping membuka laluan kerjaya masa depan kepada pelajar. Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan khas serta menyediakan pelbagai

Redzuan Shamsudin
May 211 min read
bottom of page
