top of page

Tanah Sungai Dua perlu dibangunkan dengan Rumah Mampu Milik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 58 minutes ago
  • 1 min read
Kumaresan (berbaju putih) bersama penduduk tempatan yang mahukan penyelesaian segera isu tanah di Sungai Dua yang berlarutan sejak sedekad lalu
Kumaresan (berbaju putih) bersama penduduk tempatan yang mahukan penyelesaian segera isu tanah di Sungai Dua yang berlarutan sejak sedekad lalu

Tanah bertentangan Restoran Golden Phoenix di Sungai Dua yang masih belum mempunyai penyelesaian selepas kira-kira 35 tahun perlu dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat setempat, khususnya melalui pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) dan kemudahan awam.


ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, beliau konsisten membangkitkan isu berkenaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sejak pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat pada 2018.


"Pendirian saya sentiasa jelas, kita mahu Rumah Mampu Milik (RMM) dibangunkan bersama kemudahan awam yang lengkap di atas tanah ini demi manfaat masyarakat setempat," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurutnya, pembangunan di kawasan berkenaan perlu mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat, termasuk menyediakan kediaman mampu milik, kemudahan awam yang lebih baik serta manfaat jangka panjang kepada komuniti Sungai Dua.


Beliau berkata, masyarakat setempat telah lama menantikan hala tuju yang jelas berhubung tanah berkenaan dan penyelesaian yang baik serta berkekalan perlu dicapai.


"Pembangunan mesti mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat. Tanah ini wajar dimanfaatkan untuk menyediakan rumah mampu milik, kemudahan awam yang lebih baik serta manfaat jangka panjang kepada masyarakat Sungai Dua.


"Keutamaan rakyat adalah keutamaan saya," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page