PH Pulau Pinang perkukuh strategi hadapi PRU


Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sudah diarah untuk meneliti kelemahan dan perkukuh strategi terutama bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya Chow Kon Yeow (gambar) berkata, semua jawatankuasa kecil PH di negeri itu sudah diminta mengadakan mesyuarat dan membentangkan laporan berkaitan pada awal Ogos depan.
"Kita terima baik pandangan yang merupakan nasihat yang boleh memperbaiki apa-apa kelemahan, menambah baik kekuatan dan menyusun semula strategi supaya terus menjadi pilihan pengundi," katanya dipetik laporan media tempatan.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama rentas parti di negeri berkenaan, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang kekal stabil dan harmoni tanpa sebarang isu.
"Setakat ini tiada isu kerjasama. Segalanya kekal seperti sedia ada dan tiada mana-mana pihak yang mengambil sebarang keputusan baharu yang mengubah hala tuju semasa," katanya.




Comments