top of page

Berita


Rakyat N Sembilan diseru kekal mandat PH demi kestabilan negeri
DS Anwar berkempen di salah satu kerusi PH menghadapi cabaran paling sengit dari PN di N Sembilan Rakyat Negeri Sembilan diseru agar terus mengekalkan mandat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi menjamin kestabilan dan kemajuan negeri. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pentadbiran yang selari dengan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan perancangan pembangunan dapat bergerak sehaluan. "Saya memohon kerjasama semua piha

Suara Keadilan
Jul 231 min read


Mohd Umry komited selesai isu kemudahan di DUN Pertang
Mohd Umry (berdiri, kiri) menyapa pengundi DUN Pertang dalam kempen memasuki hari kelima Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pertang, Mohd Umry Abdul Khois, menegaskan komitmen menjadi jurucakap utama yang membawa suara seluruh lapisan rakyat tempatan. Menurutnya, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kepercayaan rakyat akan dibalas dengan tindakan tegas dalam memperjuangkan setiap isu tempatan. Tambahnya, isu-isu asas yang memberi kesan langsung ke

Suara Keadilan
Jul 231 min read


Pembangunan tak bergantung 'warna baju', rakyat nilai berasaskan prestasi
Pembangunan Negeri Sembilan tidak bergantung kepada parti atau "warna baju" yang dipilih rakyat sebaliknya ditentukan oleh dasar yang jelas, kepimpinan berwibawa dan keupayaan melaksanakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat, demikian menurut Pengarah Polisi DAP Kebangsaan, Datuk Chan Foong Hin (gambar). Beliau berkata kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang meminta rakyat tidak lagi memakai 'baju merah' sebaliknya mengenakan 'baju biru' seolah-olah me

Helmi Mohd Foad
Jul 223 min read


Kekacauan politik: Krisis di N Sembilan dirancang untuk ambil alih kuasa?
Perebutan kuasa dalam Kerajaan Negeri memaksa MB Aminuddin memanggil PRN awal. Foto: FB Aminuddin ULASAN: Krisis politik yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan awal bulan lalu bukan berpunca daripada kegagalan pentadbiran, kelembapan ekonomi atau masalah pembangunan, sebaliknya merupakan manifestasi strategi "politics of chaos" yang sengaja diwujudkan bagi mencetuskan ketidakstabilan politik untuk merebut kuasa. Dalam satu analisis yang dik

Helmi Mohd Foad
Jul 223 min read


Hampir 500 program dilaksana, isu elektrik, telekomunikasi berjaya diselesaikan
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (gambar) berkata, pendekatan turun padang secara konsisten melalui pelbagai program membolehkan pelbagai isu rakyat di kawasan itu diselesaikan. Menurut beliau, sejak diberi amanah sebagai Penyelaras DUN Labu, sebanyak 498 program telah dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat bagi mendekati masyarakat serta menyampaikan perkhidmatan yang terbaik. "Daripada orang tak berapa nak kenal saya sam

Suara Keadilan
Jul 222 min read


Berita Gembira Buat M40! Had Kelayakan Bantuan Dinaikkan Kepada RM8,000
DS Aminuddin ketika mengumumkan tawaran manifesto PH N Sembilan semalam. Foto: FB Aminuddin Oleh: Darwish Zainal ULASAN: Golongan M40 yang sebelum ini sering kali merungut kerana merasakan mereka disisihkan daripada menerima bantuan atau insentif daripada kerajaan, kini boleh senyum lebar. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun semalam mengumumkan Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang membawa berita besar dan gembira bukan sahaja untuk golong

Suara Keadilan
Jul 222 min read


Kesinambungan pentadbiran PH perlu diteruskan di N Sembilan - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka akan menjadi medan yang memperlihatkan kekuatan sebenar Pakatan Harapan (PH), kata seorang penganalisis politik. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Rashdan Sallehuddin berkata situasi kali ini berbeza dengan PRN Johor yang diadakan di negeri yang dianggap secara tradisi sebagai kubu kuat Umno. Dalam satu kenyataan, beliau berkata keputusan pilihanraya sebelum ini membuktikan pe

Azuan Ab Rahman
Jul 221 min read


Pentadbiran PH N Sembilan agih hasil negeri untuk manfaat rakyat - Jufitri
Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan komitmen pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun memastikan hasil yang dinikmati diterjemahkan kepada manfaat secara langsung kepada rakyat. Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha (gambar) berkata, kejayaan kerajaan negeri merekodkan lebihan hasil hampir RM200 juta selama empat tahun berturut-turut membolehkan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan dilaksanakan. Justeru beli

Suara Keadilan
Jul 221 min read


Majukan Seri Menanti sebagai hub agropelancongan - Mohd Kamarul
Kamarul giat berkempen fokus memajukan sektor agropelancongan di Seri Menanti Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.16 Seri Menanti bertekad menjadikan sektor pelancongan dan pertanian sebagai pemacu ekonomi sekitar kawasan berkenaan. Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa berkata, tekad tersebut selaras Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 sekali gus membuka peluang ekonomi dan menarik golongan muda kembali menetap dan membangunkan kampung halaman mereka. "Seri Menanti nanti ak

Suara Keadilan
Jul 221 min read


'Skim sejahtera rakyat diperkasa, tiada anak Negeri Sembilan tercicir'
Manifesto PH dari Tok Min dan barisan kepimpinan prihatin untuk semua rakyat Negeri Sembilan. FB Aminuddin Pakatan Harapan (PH) mahu memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) Pembangunan jika terus diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi mesti memastikan tiada anak negeri itu yang tercicir. Melalui pengukuhan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dengan penambahbaikan kadar bantuan tunai secara one-off, HARAPAN komited menyantuni Anak Negeri Sembilan di setia

Helmi Mohd Foad
Jul 211 min read


Wujudkan kestabilan, realisasi Visi Negeri Sembilan Maju 2045
Realisasikan Visi Negeri Sembilan Maju 2045 bersama Tok Min dan PH. Foto: FB Aminuddin Harun Pakatan Harapan (PH) malam tadi melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 yang menggariskan 10 komitmen utama berteraskan tema "Stabil, Makmur dan Inklusif" sebagai hala tuju pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang dan merealisasikan visi Negeri Sembilan Maju 2045. Manifesto yang dilancarkan Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun itu

Helmi Mohd Foad
Jul 212 min read


Majukan N Sembilan koridor tengah pembangunan negara - MB
Manifesto PH menjanjikan peluang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran lebih baik untuk lima tahun. Pakatan Harapan (PH) tampil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini bukan sekadar membawa janji baharu sebaliknya menawarkan manifesto yang berasaskan rekod pencapaian sepanjang lapan tahun mentadbir negeri serta visi menjadikan negeri ini sebagai hab pertumbuhan baharu negara. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pelancaran manifesto itu bukan sekadar

Helmi Mohd Foad
Jul 213 min read


Kebajikan warga emas, ekonomi anak muda fokus Noorzunita di DUN Pilah
Datuk Noorzunita giat berkempen fokus kepada ekonomi anak muda. Foto FB Noorzunita Penyandang kerusi DUN N18 Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, tekad memastikan setiap pembangunan di kawasan berkenaan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Menurutnya, sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, fokus utama beliau adalah memperkasakan peluang pekerjaan buat golongan muda selain terus menjaga kebajikan warga emas. "Ap

Suara Keadilan
Jul 211 min read


Indahkan pantai di Bagan Pinang, tingkat ekonomi penjaja - Nasir
Calon Pakatan Harapan (PH) Bagan Pinang, Nasir Raman(gambar) memberikan komitmen untuk meningkatkan kemajuan lokasi pantai peranginan di kawasan Port Dickson yang mampu menarik dua juta pengunjung sebulan sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan nanti. Beliau yang berasal dari Kampung Sawah Chuah, Bukit Pelanduk berkata sejak menjadi penyelaras DUN Bagan Pinang pada 2020, usaha tersebut telah dilakukan termasuk menyusun kedudukan penjaja food truck di kaw

Helmi Mohd Foad
Jul 202 min read


PRN N Sembilan: Bahan kempen dirosakkan, hindari politik kebencian - PH
Bahan kempen PH sengaja diturunkan dan menjadi kesalahan dalam pilihanraya Pakatan Harapan (PH) menerima beberapa laporan berhubung insiden vandalisme terhadap bahan kempen di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan menggesa semua pihak mengamalkan kempen yang sihat tanpa politik kebencian. Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 PH berkata, antara insiden yang dilaporkan ialah pembakaran bendera di DUN Palong serta kerosakan pancang

Suara Keadilan
Jul 202 min read


'MCA dapat sokongan Melayu, jangan bangkit isu larang arak'
Larangan minum arak di kawasan awam Negeri Sembilan untuk kebaikan semua kaum Sokongan masyarakat Melayu kepada mana-mana parti politik tidak boleh dianggap sebagai ‘cek kosong’ untuk parti berkenaan mempertikaikan dasar yang bertujuan menjaga ketenteraman dan keselesaan di kawasan awam seperti larangan meminum minum keras di khalayak, kata Raihan Md Idris. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan itu berkata demikian ketika mengulas pertikaian yang dibangk

Akmal Manaf
Jul 202 min read


'Berkempen elak tohmah, fitnah, rakyat nilai prestasi pemimpin' - Dr Dzul
DS Dr Dzulkefly (kanan) membantu calon PH berkempen secara politik nilai dalam PRN Negeri Sembilan Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semua pihak diingatkan agar tidak mencemarkannya dengan budaya tohmahan, fitnah dan retorik politik yang melampau, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Pengarah Pilihan Raya AMANAH itu menyifatkan, persaingan politik merupakan perkara biasa dalam demokrasi, namun ia tidak sepatutnya melampaui batas sehingga mencet

Akmal Manaf
Jul 202 min read


Rakyat tidak lupa kerjasama Pas - BN penghujungnya ketidakstabilan politik
Pengundi di Negeri Sembilan diseru supaya menilai rekod pentadbiran, prinsip dan asas kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) dan bukan sekadar melihat gabungan politik baharu yang dibentuk ketika ini. Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (gambar) berkata, rakyat masih mengingati tempoh ketika Pas dan BN berada dalam kerajaan Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2018 yang akhirnya menyaksikan pelbagai cabaran termasuk ket

Azuan Ab Rahman
Jul 201 min read


Anak Palong 8 tekad tangani Isu kritikal komuniti FELDA
Zahin (kiri) menyantuni pengundi di kedai makan dalam kempen di DUN Palong Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.06 Palong bertekad untuk terus membela nasib peneroka, dengan tumpuan khusus terhadap kebajikan generasi kedua FELDA. Muhammad Zahin Zainal Abidin berkata, beliau yakin rekod khidmat masyarakat yang dibina lebih sedekad bersama masyarakat di tanah rancangan itu dapat memenangi hati pengundi. "Saya dibesarkan di Felda Palong 8, bersekolah di sini sebelum melanjutkan pela

Azuan Ab Rahman
Jul 201 min read


Peluang pekerjaan, masa depan anak muda jadi keutamaan Manivanan
Manivanan (kiri) berkempen ke semua tempat di DUN Jeram Padang Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.07 Jeram Padang memberi komitmen menangani isu peluang pekerjaan dan pembangunan masa depan golongan muda di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Manivanan Gowin berkata, Jeram Padang mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai kawasan yang mampu menarik pelaburan melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. J

Suara Keadilan
Jul 201 min read
bottom of page
