top of page

Anak Palong 8 tekad tangani Isu kritikal komuniti FELDA

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Jul 20
  • 1 min read
Zahin (kiri) menyantuni pengundi di kedai makan dalam kempen di DUN Palong
Zahin (kiri) menyantuni pengundi di kedai makan dalam kempen di DUN Palong

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.06 Palong bertekad untuk terus membela nasib peneroka, dengan tumpuan khusus terhadap kebajikan generasi kedua FELDA.


Muhammad Zahin Zainal Abidin berkata, beliau yakin rekod khidmat masyarakat yang dibina lebih sedekad bersama masyarakat di tanah rancangan itu dapat memenangi hati pengundi.


"Saya dibesarkan di Felda Palong 8, bersekolah di sini sebelum melanjutkan pelajaran ke luar. Saya percaya anak tempatan perlu menjadi sebahagian daripada usaha membangunkan kawasan sendiri.


"Insya-Allah terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian, khususnya membabitkan generasi kedua," katanya.


Muhammad Zahin yang juga Naib Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Palong 8 berkata, pengalaman bersama pertubuhan belia memberinya kefahaman lebih mendalam mengenai cabaran dihadapi generasi muda.


Jelasnya, isu kritikal seperti peluang pekerjaan, pemilikan kediaman, pembangunan ekonomi, dan masa depan di tanah rancangan terus menjadi antara tuntutan utama yang menghimpit komuniti itu.


"Semua pengalaman ini menjadi bekalan untuk saya membawa suara rakyat Palong," tambahnya.


DUN Palong mempunyai seramai 23,555 pengundi berdaftar. Pada PRN kali ini Muhammad Zahin berdepan penyandang, Datuk Mustapha Nagoor dan Rebin Birham dari Parti Bersatu dalam pertandingan tiga penjuru.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page