top of page

Berita


PH kekal komited bantu pembangunan, kebajikan Orang Asli
Anthony Loke ditemui pemberita selepas berkempen di Kampung Simpang Durian. Kredit foto: FMT Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Tegasnya, komuniti tersebut tidak perlu bimbang dengan dakyah palsu untuk mencipta persepsi negatif terhadap PH sekaligus mengelirukan rakyat itu. "Jangan percaya dakwaan bahawa peruntuka

Suara Keadilan
Jul 301 min read
Â
Â


Waspada gelombang berita palsu menjelang PRN N Sembilan - Fahmi
DS Fahmi menjawab soalan wartawan selepas membantu kempen calon PH, G Manivanan. Kredit foto: BH Rakyat terutama pengundi di Negeri Sembilan diminta berwaspada terhadap penyebaran maklumat palsu yang dijangka meningkat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata trend penyebaran kandungan tidak sahih termasuk video lama yang dikitar semula serta maklumat yang dipetik di luar konteks akan semakin ketara dal

Suara Keadilan
Jul 291 min read
Â
Â


Sambutan pengundi positif - Ketua Wanita KEADILAN Jempol
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kehangatan kempen semakin dirasai apabila parti-parti politik giat mendekati pengundi menerusi pelbagai pendekatan bagi menjelaskan dasar serta menawarkan agenda pembangunan negeri. Di sebalik persaingan yang semakin sengit, jentera Pakatan Harapan (PH) terus mengintensifkan gerak kerja di lapangan dengan mendekati pelbagai kelompok pengundi tanpa mengira kawasan, termasuk masyarakat Orang Asli dan penduduk di kawasan major

Akmal Manaf
Jul 281 min read
Â
Â


Kemajuan mesti sampai ke FELDA, tiada rakyat terpinggir bawah PH
Jufitri (tengah) diapit dua calon Danish (kiri) dan Dr Hakim (kanan) pada sidang media di Seremban Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan komited memperkukuh pembangunan komuniti FELDA, kawasan luar bandar dan sektor pertanian sebagai agenda utama manifesto Negeri Sembilan Maju 2045 selaras dengan usaha Kerajaan MADANI memastikan kebajikan peneroka terus terbela dan pembangunan dinikmati seluruh rakyat. Senator Jufitri Joha yang juga Pengerusi PH Rembau berkata pihaknya menyamb

Helmi Mohd Foad
Jul 272 min read
Â
Â


Sokongan luar jangka beri semangat buat calon DUN Chembong
Danish (kanan sekali) berkempen dari rumah ke rumah di DUN Chembong Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N26 DUN Chembong, Danish Nazran Murad menyifatkan sambutan masyarakat sepanjang tempoh kempen sebagai positif, khususnya sokongan memberangsangkan daripada golongan muda. Danish berkata, walaupun terdapat perbezaan sokongan dalam kalangan pengundi yang menjadi perkara biasa dalam arena politik, maklum balas keseluruhan yang diterima sepanjang turun padang amat menggalakk

Sidiqin Omar
Jul 272 min read
Â
Â


Hentikan kempen pilihanraya berunsur perkauman - BERSIH
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa semua parti politik menghentikan kempen yang membangkitkan sentimen perkauman dan agama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sambil mengingatkan tindakan sedemikian boleh menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jawatankuasa Pemandu BERSIH dalam kenyataan menegaskan, sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk membangkitkan sentimen kebencian antara kaum dan agama demi meraih sokongan politik, merupakan sesuatu yang tidak be

Akmal Manaf
Jul 271 min read
Â
Â


Kenyataan MB Sanusi guris hati masyarakat bukan Melayu - Loke
Anthony Loke (berbaju krim) berkempen di kawasan Orang Asli DUN Chennah . Foto: FB Anthony Loke Kenyataan didakwa dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada satu ceramah politik baru-baru ini dianggap persendaan kepada warganegara Malaysia berketurunan Cina dan India. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan itu menggambarkan seolah-olah mereka tidak taat kepada negara ini. "Saya taat kepada Malaysi

Suara Keadilan
Jul 271 min read
Â
Â


Ekonomi Gemas perlu diperkasa seiring manifesto PH N Sembilan
Siti Aishah (tengah) berkempen menemui pengundi DUN Gemas sehingga ke sawah dan ladang Usaha memperkukuh ekonomi setempat perlu menjadi keutamaan bagi memastikan penduduk Gemas menikmati lebih banyak peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup serta pembangunan infrastruktur yang memenuhi keperluan semasa. Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Siti Aishah Seman @ Othman berkata, manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dilancarkan oleh Pengerusi M

Suara Keadilan
Jul 262 min read
Â
Â


Sepetang bersama calon DUN Sikamat, Ustaz Azman
Ustaz Azman (kiri) bertemu pengundi yang dikenali beliau sejak 18 tahun lalu Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman Suasana kempen petang ini berlangsung dalam keadaan mesra apabila calon Pakatan Harapan (PH) bagi N13 DUN Sikamat, Nor Azman Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azman, turun padang menyantuni penduduk di daerah mengundi Taman Desa Rhu. Warga Sikamat yang telah menetap di kawasan ini selama lebih 18 tahun itu bukanlah asing dalam aktiviti khidmat masyarakat. Beliau p

Suara Keadilan
Jul 252 min read
Â
Â


Calon termuda PH di Chembong optimis beri saingan sengit kepada BN
Danish (berbaju putih) berkempen di kedai makan bertanya khabar dan memperkenalkan diri kepada pengundi Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Danish Nazran Murad, 27, mengakui beliau pada mulanya sukar mempercayai apabila diberi mandat oleh parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan. Menurut beliau, tanggungjawab yang diberikan untuk mencabar penyandang kerusi dari BN menjadi pemangkin untuk bekerja lebih keras

Suara Keadilan
Jul 242 min read
Â
Â


Mohd Umry komited selesai isu kemudahan di DUN Pertang
Mohd Umry (berdiri, kiri) menyapa pengundi DUN Pertang dalam kempen memasuki hari kelima Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pertang, Mohd Umry Abdul Khois, menegaskan komitmen menjadi jurucakap utama yang membawa suara seluruh lapisan rakyat tempatan. Menurutnya, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kepercayaan rakyat akan dibalas dengan tindakan tegas dalam memperjuangkan setiap isu tempatan. Tambahnya, isu-isu asas yang memberi kesan langsung ke

Suara Keadilan
Jul 231 min read
Â
Â


Pentadbiran PH N Sembilan agih hasil negeri untuk manfaat rakyat - Jufitri
Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan komitmen pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun memastikan hasil yang dinikmati diterjemahkan kepada manfaat secara langsung kepada rakyat. Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha (gambar) berkata, kejayaan kerajaan negeri merekodkan lebihan hasil hampir RM200 juta selama empat tahun berturut-turut membolehkan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan dilaksanakan. Justeru beli

Suara Keadilan
Jul 221 min read
Â
Â


Majukan Seri Menanti sebagai hub agropelancongan - Mohd Kamarul
Kamarul giat berkempen fokus memajukan sektor agropelancongan di Seri Menanti Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.16 Seri Menanti bertekad menjadikan sektor pelancongan dan pertanian sebagai pemacu ekonomi sekitar kawasan berkenaan. Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa berkata, tekad tersebut selaras Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 sekali gus membuka peluang ekonomi dan menarik golongan muda kembali menetap dan membangunkan kampung halaman mereka. "Seri Menanti nanti ak

Suara Keadilan
Jul 221 min read
Â
Â


Khianat bahan kempen: PH harap SPR, polis kerap pantau
Khianat bahan kempen tidak wajar berlaku dalam negara demokrasi bertamadun Bilik Gerakan Utama HARAPAN masih menerima laporan perbuatan khianat yang berlaku pada bahan-bahan kempen gabungan parti itu ketika kempen memasuki fasa pertama dengan pelancaran manifestonya malam tadi. Pengarahnya Dr Fuziah Salleh (gambar) dan Muhammad Faiz Fadzil dalam kenyataan bersama berkata mereka berharap pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat melakukan peman

Helmi Mohd Foad
Jul 212 min read
Â
Â


Kebajikan warga emas, ekonomi anak muda fokus Noorzunita di DUN Pilah
Datuk Noorzunita giat berkempen fokus kepada ekonomi anak muda. Foto FB Noorzunita Penyandang kerusi DUN N18 Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, tekad memastikan setiap pembangunan di kawasan berkenaan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Menurutnya, sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, fokus utama beliau adalah memperkasakan peluang pekerjaan buat golongan muda selain terus menjaga kebajikan warga emas. "Ap

Suara Keadilan
Jul 211 min read
Â
Â


PRN N Sembilan: Bahan kempen dirosakkan, hindari politik kebencian - PH
Bahan kempen PH sengaja diturunkan dan menjadi kesalahan dalam pilihanraya Pakatan Harapan (PH) menerima beberapa laporan berhubung insiden vandalisme terhadap bahan kempen di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan menggesa semua pihak mengamalkan kempen yang sihat tanpa politik kebencian. Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 PH berkata, antara insiden yang dilaporkan ialah pembakaran bendera di DUN Palong serta kerosakan pancang

Suara Keadilan
Jul 202 min read
Â
Â


Anak Palong 8 tekad tangani Isu kritikal komuniti FELDA
Zahin (kiri) menyantuni pengundi di kedai makan dalam kempen di DUN Palong Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.06 Palong bertekad untuk terus membela nasib peneroka, dengan tumpuan khusus terhadap kebajikan generasi kedua FELDA. Muhammad Zahin Zainal Abidin berkata, beliau yakin rekod khidmat masyarakat yang dibina lebih sedekad bersama masyarakat di tanah rancangan itu dapat memenangi hati pengundi. "Saya dibesarkan di Felda Palong 8, bersekolah di sini sebelum melanjutkan pela

Azuan Ab Rahman
Jul 201 min read
Â
Â


PH fokus kempen dekati pengundi secara berhikmah, berfakta, dengar masalah
Proses penamaan calon beralhir pagi tadi menandakan bermulanya kempen PRN Negeri Sembilan ke 16 Pakatan Harapan (PH) menyifatkan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 yang berlangsung di seluruh negeri hari ini berjalan lancar, sekali gus menandakan bermulanya gerak kerja kempen untuk mendekati pengundi. Dalam satu kenyataan, Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 Pakatan Harapan berkata, gabungan itu kini bersedia meng

Redzuan Shamsudin
Jul 182 min read
Â
Â


Bahan kempen dirosakkan, Fakharuddin seru pengundi pilih politik matang
Salah satu billboard memapar gambar Fakharuddin yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N35 Pasir Raja, Fakharuddin Moslim, pada hari terakhir berkempen mendedahkan sepanjang dua minggu ini beberapa bahan kempen miliknya telah menjadi sasaran vandalisme. Menurut beliau, beberapa billboard juga telah dibakar, dikoyakkan, diconteng dan dirosakkan, manakala bendera-bendera kempen yang dipasang di pelbag

Redzuan Shamsudin
Jul 111 min read
Â
Â


Rozy Razit tekad bina kepercayaan rakyat melalui khidmat
Rozy (tiga dari kanan) melakukan kempen saat akhir bertemu pengundi di DUN Buluh Kasap Kepercayaan rakyat tidak dapat dibina melalui janji semata-mata, sebaliknya melalui kehadiran yang konsisten, keikhlasan serta kesungguhan untuk memahami keperluan masyarakat. Menyedari hal tersebut, calon Pakatan Harapan DUN N.01 Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit tampil dengan komitmen untuk terus mendekati masyarakat dan mendengar sendiri suara rakyat, bukan hanya sepanjang tempoh berkempe

Azuan Ab Rahman
Jul 101 min read
Â
Â
bottom of page
