top of page

Kebajikan warga emas, ekonomi anak muda fokus Noorzunita di DUN Pilah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read
Datuk Noorzunita giat berkempen fokus kepada ekonomi anak muda. Foto FB Noorzunita
Datuk Noorzunita giat berkempen fokus kepada ekonomi anak muda. Foto FB Noorzunita

Penyandang kerusi DUN N18 Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, tekad memastikan setiap pembangunan di kawasan berkenaan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.


Menurutnya, sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, fokus utama beliau adalah memperkasakan peluang pekerjaan buat golongan muda selain terus menjaga kebajikan warga emas.


"Apabila peluang pekerjaan tersedia, anak-anak muda tidak lagi perlu berhijrah ke luar untuk mencari rezeki, sebaliknya dapat membina kehidupan dan menyumbang kepada pembangunan di daerah sendiri," katanya dipetik laporan media tempatan.


Menurut Noorzunita, dalam usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, beliau berhasrat menarik lebih banyak pelaburan ke Kuala Pilah.


"Kemasukan pelaburan yang bersesuaian bukan sahaja akan merancakkan ekonomi setempat, malah bakal memberi limpahan manfaat kepada daerah berhampiran," jelasnya.


Menyentuh mengenai kebajikan warga emas khususnya mereka yang tidak mempunyai pencen selepas bersara, Noorzunita mengakui perkara tersebut perlu diberi perhatian lebih serius.

"Berdasarkan pengalaman berkhidmat sebagai wakil rakyat sejak hampir tiga tahun lalu, masih terdapat warga emas yang berdepan kesukaran meneruskan kehidupan selepas tamat tempoh perkhidmatan.


Kita perlu meneliti bentuk bantuan dan inisiatif yang sesuai supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas bersara," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page