top of page

Pentadbiran PH N Sembilan agih hasil negeri untuk manfaat rakyat - Jufitri

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 22
1 min read

Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan komitmen pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun memastikan hasil yang dinikmati diterjemahkan kepada manfaat secara langsung kepada rakyat.


Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha (gambar) berkata, kejayaan kerajaan negeri merekodkan lebihan hasil hampir RM200 juta selama empat tahun berturut-turut membolehkan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan dilaksanakan.


Justeru beliau yakin pelbagai inisiatif dan manfaat akan dinikmati rakyat di Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat sekali lagi mentadbir negeri itu.


"Manifesto dibentangkan merupakan kesinambungan kepada pencapaian kerajaan negeri sepanjang dua penggal lalu, selain mengandungi beberapa penambahbaikan.


"Hasil lebihan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat. Daripada bayi yang baru lahir, golongan belia, mahasiswa, keluarga, warga emas hinggalah kepada golongan berpendapatan rendah, semuanya akan menerima manfaat," katanya dipetik.


Dr Jufitri sementara itu menegaskan kestabilan politik di Negeri Sembilan perlu dikekalkan bagi memastikan keyakinan pelabur sekaligus memastikan agenda pembangunan ekonomi dapat diteruskan.

"Pelaburan berimpak tinggi bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang bermaruah, khususnya kepada generasi muda," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page