top of page

Sepetang bersama calon DUN Sikamat, Ustaz Azman

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 25
2 min read
Ustaz Azman (kiri) bertemu pengundi yang dikenali beliau sejak 18 tahun lalu
Ustaz Azman (kiri) bertemu pengundi yang dikenali beliau sejak 18 tahun lalu

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman


Suasana kempen petang ini berlangsung dalam keadaan mesra apabila calon Pakatan Harapan (PH) bagi N13 DUN Sikamat, Nor Azman Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azman, turun padang menyantuni penduduk di daerah mengundi Taman Desa Rhu.


Warga Sikamat yang telah menetap di kawasan ini selama lebih 18 tahun itu bukanlah asing dalam aktiviti khidmat masyarakat. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan sejak tahun 2022. Sebelum menyertai politik secara sepenuh masa bersama Parti Keadilan Rakyat. Beliau dikenali sebagai seorang bekas imam dan pendakwah bebas yang aktif menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Ustaz Azman bermotorsikal untuk kempen
Ustaz Azman bermotorsikal untuk kempen

Dalam Pilihan Raya Negeri kali ini, Ustaz Azman bakal berdepan dua lagi pencabar mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu bagi merebut kerusi N13 DUN Sikamat.


Sepanjang sesi ziarah petang itu, Ustaz Azman dilihat tidak kekok menunggang motosikal dari rumah ke rumah sambil ditemani para penyokong parti yang mengedarkan risalah kempen. Hampir 15 orang warga emas sempat disantuni dalam lawatan di sekitar Taman Desa Rhu, dengan pelbagai pandangan dan keperluan mereka didengari secara langsung.


Dalam pertemuan tersebut, turut dikongsikan beberapa inisiatif kebajikan yang ditawarkan kepada rakyat. Antaranya ialah bantuan kepada warga emas menerusi Skim Sejahtera Rakyat (SSR), di mana warga emas berusia 70 tahun ke atas kini menerima bantuan RM200 sebulan. Sekiranya kerajaan MADANI terus diberi mandat, bantuan kepada warga emas 65 tahun ke atas dicadangkan dinaikkan kepada RM300 sebulan.


Selain itu, manifesto Pakatan Harapan turut memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan bergaji tinggi; pengukuhan ekonomi yang lebih berdaya saing; pendidikan berkualiti; pembinaan 20,000 rumah mampu milik; penyelesaian isu tanah; dan pemerkasaan golongan belia, wanita dan institusi keluarga.


Kempen yang berteraskan pendekatan turun padang ini memperlihatkan komitmen calon untuk terus mendekati rakyat, mendengar denyut nadi masyarakat serta membawa aspirasi penduduk Sikamat ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya diberi mandat pada pilihanraya nanti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page