top of page

Waspada gelombang berita palsu menjelang PRN N Sembilan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Fahmi menjawab soalan wartawan selepas membantu kempen calon PH, G Manivanan. Kredit foto: BH
DS Fahmi menjawab soalan wartawan selepas membantu kempen calon PH, G Manivanan. Kredit foto: BH

Rakyat terutama pengundi di Negeri Sembilan diminta berwaspada terhadap penyebaran maklumat palsu yang dijangka meningkat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.


Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata trend penyebaran kandungan tidak sahih termasuk video lama yang dikitar semula serta maklumat yang dipetik di luar konteks akan semakin ketara dalam tempoh beberapa hari terakhir sebelum pengundian, sekali gus berpotensi mengelirukan pengundi.


"Saya lihat terutama dalam dua atau tiga hari terakhir (kempen PRN) akan ada trend penyebaran maklumat palsu, terutama melalui WhatsApp. Banyak maklumat tidak tepat, maklumat yang separuh jalan ceritanya ataupun video lama yang dikitar semula.


"Jadi saya minta semua pihak berhati-hati dan bersyak wasangkalah dengan sebarang maklumat yang diterima dalam WhatsApp… semak dahulu dengan media arus perdana atau organisasi media rasmi," katanya dipetik laporan media.


Fahmi berkata begitu selepas hadir pada program kempen calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, membantu calon PH G Manivanan berkempen di Felda Bukit Rokan Barat.


Sementara itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menggesa orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page