top of page

PRN N Sembilan: Bahan kempen dirosakkan, hindari politik kebencian - PH

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 20
2 min read
Bahan kempen PH sengaja diturunkan dan menjadi kesalahan dalam pilihanraya
Bahan kempen PH sengaja diturunkan dan menjadi kesalahan dalam pilihanraya

Pakatan Harapan (PH) menerima beberapa laporan berhubung insiden vandalisme terhadap bahan kempen di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan menggesa semua pihak mengamalkan kempen yang sihat tanpa politik kebencian.


Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 PH berkata, antara insiden yang dilaporkan ialah pembakaran bendera di DUN Palong serta kerosakan pancang bendera di DUN Chembong.


"Bilik Gerakan Utama HARAPAN sejak semalam menerima beberapa laporan kerosakan bahan kempen di beberapa kawasan pilihan raya Negeri Sembilan.


"Laporan yang diterima melibatkan kerosakan bendera yang dibakar di N06 DUN Palong malam semalam dan pancang bendera yang rosak atas perbuatan khianat di N31 DUN Chembong pagi ini," kata kenyataan media PH.


Menurut PH lagi, pihaknya sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang sengaja merosakkan bahan kempen.

Taktik menjatuhkan moral PH tidak boleh dibiarkan
Taktik menjatuhkan moral PH tidak boleh dibiarkan

"HARAPAN ingin memaklumkan bahawa kami berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan sekiranya terbukti bahan kempen pilihanraya seperti poster, bendera atau sepanduk dikhianati, dirosakkan atau diturunkan oleh pihak lawan kerana tindakan khianat ini merupakan satu kesalahan," katanya.


Bagaimanapun, PH menjelaskan bahawa pihaknya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak setakat ini, namun pengarah pilihan raya di kawasan terlibat telah dinasihatkan membuat laporan kepada pihak berkuasa.


Dalam masa sama, PH menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan perbuatan khianat terhadap bahan kempen sebagai budaya politik.


"HARAPAN ingin menyeru agar perkara seumpama ini tidak melarat menjadi budaya dalam kalangan penggiat politik di negara ini," katanya.


PH turut mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak bertindak balas terhadap sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan sepanjang tempoh berkempen.


"Kami juga berharap seluruh anggota dan jentera HARAPAN tidak membalas semula perbuatan ini yang mungkin dilakukan oleh pihak yang mahu mengeruhkan keadaan," katanya.


Menurut kenyataan itu, semua parti politik seharusnya bersaing secara sihat dengan menawarkan dasar dan penyelesaian kepada rakyat, bukannya menggunakan taktik provokasi atau sabotaj.


"Berkempenlah dengan sihat kerana hak untuk berpolitik dan berkempen termaktub secara tidak langsung dan dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


"Menangilah hati rakyat dan pengundi dengan dasar polisi yang jelas, bukan politik khianat kebencian yang tidak sama sekali berasas," kata kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page