top of page

MCMC ingatkan orang ramai henti sebar video insiden di sekolah Kuching

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
32 minutes ago
1 min read

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai termasuk pengamal media supaya menghentikan penyebaran rakaman video insiden membabitkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.


MCMC berkata, penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan, khususnya melibatkan kanak-kanak, boleh menjejaskan privasi, maruah dan kesejahteraan emosi pihak terlibat serta keluarga mereka.


"MCMC mengingatkan orang ramai termasuk pengamal media supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan rakaman video insiden melibatkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak," kata kenyataan Komunikasi Korporat MCMC.


Menurut suruhanjaya itu, tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].


Penyebaran kandungan sedemikian juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], sekiranya melanggar peruntukan undang-undang berkenaan.


MCMC turut memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan penyedia platform media sosial bagi menangani penyebaran rakaman itu, termasuk mengambil langkah menurunkan kandungan berkaitan.


Sehubungan itu, individu yang telah memuat naik atau berkongsi rakaman berkenaan diminta segera memadamkannya.


"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi melindungi privasi kanak-kanak dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa," kata kenyataan itu lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page