Pas bersendikan Fitnah - AMANAH bidas Hj Hadi


Tindakan Presiden Pas yang sengaja memainkan isu DAP ketika berbahas mengenai Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat baru-baru ini dikritik pemimpin AMANAH.
Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil menegaskan dakwaan Hj Hadi Awang kononnya Pakatan Harapan (PH) 'bersendikan DAP' merupakan fitnah tanpa sebarang bukti dan justifikasi kukuh.
"Jika PH dituduh bersendikan DAP, Pas pula nampaknya bersendikan fitnah!
"Bagaimana DAP boleh dikatakan mendominasi PH mahupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan parti itu hanya mempunyai empat menteri penuh iaitu sekadar 12.5 peratus daripada keseluruhan anggota Kabinet," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut membidas tindakan Hj Hadi yang dianggap tidak bertamadun kerana menjadikan pentas perbahasan Belanjawan sebagai medan memainkan sentimen politik.
Menurutnya, fokus utama perbahasan sepatutnya tertumpu kepada kebajikan rakyat, selari dengan pelbagai pengumuman bantuan termasuk peningkatan peruntukan hal ehwal Islam daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion.
"Maka, jelas sekali dakwaan yang mengatakan DAP adalah 'sendi PH' hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata," tambahnya.




Comments