top of page

Rakyat N Sembilan diseru kekal mandat PH demi kestabilan negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 21 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar berkempen di salah satu kerusi PH menghadapi cabaran paling sengit dari PN di N Sembilan
DS Anwar berkempen di salah satu kerusi PH menghadapi cabaran paling sengit dari PN di N Sembilan

Rakyat Negeri Sembilan diseru agar terus mengekalkan mandat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi menjamin kestabilan dan kemajuan negeri.


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pentadbiran yang selari dengan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan perancangan pembangunan dapat bergerak sehaluan.


"Saya memohon kerjasama semua pihak agar kita terus memelihara kestabilan politik, menguatkan negeri, dan bergerak ke arah tujuan yang sama. Elakkan sebarang penyelewengan serta sentiasa jaga kepentingan rakyat.


"Buatlah pilihan yang tepat dan sampaikan mesej perjuangan Harapan agar kita dapat terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat," katanya pada program Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Seremban pada Rabu.


Beliau sementara itu turut memuji kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang telah terbukti melakukan yang terbaik sepanjang mentadbir negeri.


Pentadbiran Aminuddin menekankan tadbir urus yang baik dalam pembangunan dan pelaksanaan projek, selain memastikan kebajikan rakyat negeri itu terus terpelihara.


Sebagai contoh katanya, projek mendalamkan beberapa sungai di sekitar Ampangan dilaksanakan secara timbal balik, apabila wang yang diperoleh hasil jualan pasir sungai itu digunakan untuk projek berkenaan.


"Jika kontrak-kontrak dulu, yang korek pasir dapat duit, dia ambil, dia jual pasir tapi kerajaan sekarang, suruh dia korek (pasir), dibayar balik (kepada kerajaan). Ini beza dia," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page