'Skim sejahtera rakyat diperkasa, tiada anak Negeri Sembilan tercicir'


Pakatan Harapan (PH) mahu memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) Pembangunan jika terus diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi mesti memastikan tiada anak negeri itu yang tercicir.
Melalui pengukuhan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dengan penambahbaikan kadar bantuan tunai secara one-off, HARAPAN komited menyantuni Anak Negeri Sembilan di setiap fasa kehidupan, daripada kelahiran hingga ke usia emas.
Berikut kemudahan yang bakal disediakan:
PENDIDIKAN
Bayi baharu lahir — caruman SSPN RM200
Pelajar Sekolah Berasrama Penuh RM500
Bantuan Anak Sekolah (RM70×11 bulan) RM770
Biasiswa Anak Negeri RM700
Pelajar SPM (Straight A+) RM1,000
Pelajar STPM (GPNK 4.00) RM1,000
Pelajar IPT — Sijil RM500
Pelajar IPT — Diploma RM750
Pelajar IPT — Diploma STEM RM1,000
Pelajar IPT — Ijazah Sarjana Muda RM1,200
Pelajar IPT — Ijazah Sarjana Muda STEM RM1,500
Bantuan Sara Hidup IPTA (RM200 × 12 bulan) RM2,400
Sumbangan Komputer Riba Ditanggung sepenuhnya
Graduan kelas pertama RM5,000
KELUARGA & WARGA EMAS
Belia berkahwin kali pertama RM500
Ibu tunggal berpendapatan bawah RM4,000 RM200/tahun
Warga emas 65 – 69 tahun RM200
Warga emas 70 tahun ke atas RM300
KESIHATAN
Bantuan Pesakit Kanser RM1,000
Bantuan Pembelian Peralatan Orthopedik - Ditanggung sepenuhnya
Bantuan Dialisis (Pembedahan Tapak Fistula) RM3,000
Bagi pendapatan isi rumah <RM8,000




Comments