top of page

Berita


PRN Johor: PH mendahului di 10 DUN setakat 7.30 malam
Kelihatan beberapa pimpinan PH sedang menanti keputusan PRN di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort Pakatan Harapan (PH) dilihat sedang mendahului kiraan undi di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 malam. Antara kerusi yang dilihat memihak kepada PH sebagaimana dipaparkan di skrin besar di Pusat Informasi PRN-16 Johor bagi PH di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort, Johor Bahru ketika ini. Sepuluh DUN tersebut ialah DUN

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Tiga DUN majoriti Melayu catat kadar keluar mengundi tertinggi
Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu mencatat kadar keluar mengundi tertinggi setakat jam 4 petang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala tiga kerusi bandar yang disandang Pakatan Harapan (PH) merekodkan kadar paling rendah. DUN Semarang mendahului senarai dengan kadar keluar mengundi sebanyak 72.6 peratus. Kerusi yang mempunyai 27,734 pengundi berdaftar itu kini disandang Samsol Bari Jamali (BN-UMNO) yang mempertahankan kerusinya dalam saingan tig

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Pengundi gagal mengundi di DUN Senggarang, nama diguna orang lain
Onn Abu Bakar ketika berceramah malam tadi di DUN Senggarang Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar, mendakwa seorang pengundi di DUN berkenaan gagal menunaikan tanggungjawabnya selepas dimaklumkan bahawa namanya telah digunakan oleh individu lain untuk mengundi. Menurut beliau, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang. "Ada satu lap

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Kadar keluar mengundi PRN Johor rendah, tetapi jalan sesak?
Jalan sesak di banyak kawasan bandar di Johor, dan lebuh dari kawasan tengah menuju selatan sesak Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum mencapai 50 peratus setakat jam 2 petang ini meskipun keadaan di lebuh raya utama negeri itu dilaporkan sesak sejak pagi. Berdasarkan pemerhatian wartawan Suara Keadilan, kesesakan lalu lintas di beberapa laluan utama pada tengah hari memberi gambaran seolah-olah jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tin

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Nur Hafiz, Dr Maszlee harap pengundi keluar beramai ramai demi masa depan Johor
Nur Hafiz mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang pagi tadi Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Machap, Nur Hafiz Roslan pagi ini selesai membuang undi bersama ibunya di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang kira-kira jam 9.15 pagi. Beliau yang juga bekas murid sekolah berkenaan berkata, suasana pengundian pada awal pagi ini amat memberangsangkan dan berharap momentum tersebut berterusan sehingga pusat mengundi ditutup. "Alhamdulillah, saya baru selesai meng

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Pilih PH, tawar peluang pekerjaan, negeri berpendapatan tinggi - Amirudin
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) menyeru rakyat Johor memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan gabungan itu melaksanakan agenda pembangunan yang disifatkan mampu menjadikan Johor sebuah negeri berpendapatan tinggi. Menurut beliau, rakyat Johor memikul tanggungjawab besar untuk menentukan masa depan negeri dan memilih kepimpinan yang mampu membawa perubahan demi kesejahteraan semua lapisan masyarak

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Keluar mengundi di DUN Kota Iskandar, pastikan menang, bentuk kerajaan baharu
Dr Dzulkefly berharap lebih 70% keluar mengundi untuk memenangkan PH di DUN Kota Iskandar Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Johor ke 11 pagi ini berjalan lancar dan cuaca di seluruh Johor pada pagi ini diramal cerah. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah di kerusi N49 DUN Kota Iskandar, Johor Bahru yang mana Pakatan Harapan potensi menang. Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui media usai membuang undi pagi ini menggesa pengundi di DUN berkenaan keluar

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Pilih PH demi kerjasama erat dengan Persekutuan - Anwar
PM Anwar menyeru pengundi Johor memilih kerajaan yang selari dengan Persekutuan demi kemajuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor supaya memberikan mandat kepada PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan kerjasama lebih erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan demi manfaat rakyat. Beliau berkata, Johor mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai negeri yang lebih maju, namun memerlukan kepimpinan yang berani

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Kisah kanak-kanak redah ladang sawit sentuh hati PM Anwar
Cita cita adik untuk bertemu PM akhirnya terlaksana, sepentas bersama Anwar di Segamat Kisah seorang kanak-kanak yang sanggup meredah ladang kelapa sawit bersama neneknya semata-mata mahu bertemu Perdana Menteri di Segamat mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam, Anwar berkata, pertemuan singkat dengan Muhammad Afif Ikhwan, 9, ketika program di Felda Palong Timur itu meninggalkan kesan mendalam sehingga beliau meminta supaya

Azuan Ab Rahman
Jul 111 min read


Pilih calon mampu bentuk Kerajaan Negeri, utamakan perpaduan kaum
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali (gambar) menggesa pengundi memilih calon yang mempunyai kesungguhan untuk mentadbir Johor dengan lebih baik serta mewakili parti yang mampu memainkan peranan dalam pembentukan Kerajaan Negeri. Beliau berkata, pengundi perlu menilai keseriusan setiap parti yang bertanding berdasarkan kemampuan mereka untuk mentadbir negeri, bukannya sekadar bertanding di beberapa kerusi. "Bila ingin mengundi, pertimbangan kita harus memilih wa

Redzuan Shamsudin
Jul 111 min read


Bahan kempen dirosakkan, Fakharuddin seru pengundi pilih politik matang
Salah satu billboard memapar gambar Fakharuddin yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N35 Pasir Raja, Fakharuddin Moslim, pada hari terakhir berkempen mendedahkan sepanjang dua minggu ini beberapa bahan kempen miliknya telah menjadi sasaran vandalisme. Menurut beliau, beberapa billboard juga telah dibakar, dikoyakkan, diconteng dan dirosakkan, manakala bendera-bendera kempen yang dipasang di pelbag

Redzuan Shamsudin
Jul 111 min read


Johor pilih kestabilan, kesinambungan pembangunan - Saifuddin
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) menyeru rakyat Johor supaya memilih kestabilan, kesinambungan pembangunan dan kerajaan yang terbukti mampu menyampaikan hasil, ketika negeri itu bakal membuat pilihan penting pada hari pengundian esok. Beliau berkata, kerajaan yang baik tidak seharusnya dinilai berdasarkan banyaknya janji yang ditaburkan sebaliknya melalui pencapaian dan hasil kerja yang dapat dilihat serta dirasai oleh rakya

Redzuan Shamsudin
Jul 102 min read


PRN Johor bukan referendum kes mahkamah
Ketua Penerangan KEADILAN Batu Pahat, Muhammad Aisamuddin Ismail (gambar) berkata, kenyataan Nazifuddin, anak kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang baru baru ini mengaitkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan kebebasan bekas PM itu amat mengelirukan rakyat. Aisamuddin berkata, kenyataan sedemikian cuba memesongkan fokus pilihanraya daripada isu sebenar yang sepatutnya menjadi keutamaan pengundi Johor. "PRN Johor bukan referend

Hasbul Ahmad
Jul 102 min read


Islamofobia: Mengapa PH disalahkan, Onn Hafiz pun tolak Pas?
Kenyataan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) memainkan naratif 'Islamofobia' konon cuba menakut nakutkan pengundi mengenai tindakan Pas yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, dakwaan bahawa PH memainkan naratif 'Islamofobia' itu tidak berasas kerana arahan Pas agar ahlinya mengundi BN adalah realiti, bukan direkayasa

Akmal Manaf
Jul 102 min read


PRN Johor: Kesesakan luar biasa di lebuhraya, anak rantau pulang mengundi
Kempen menggalakkan rakyat Johor pulang mengundi yang digerakkan Kerajaan MADANI sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, menerima sambutan luar biasa apabila aliran kenderaan menuju ke negeri di selatan tanah air itu meningkat mendadak sejak tengah hari tadi. Hantaran video tersebut di media sosial dianggap warga net sebagai pecutan saat akhir pengundi anak rantau pulang ke kampung untuk mengundi. "Perghhh! Dahsyat gelombang senyap rakyat Johor kali ini, 'last minute' buat pe

Akmal Manaf
Jul 101 min read


PRN Johor: SPR sasar 70% keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok mampu mencecah sekitar 70 peratus, didorong minat tinggi rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan sambutan sepanjang tempoh berkempen yang menunjukkan keterujaan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. "Kita melihat ada kecenderungan, minat mengundi pada kali ini agak tinggi

Suara Keadilan
Jul 102 min read


Isu sijil CCC mudah selesai jika PH diberi mandat di Tanjung Surat - Faizul
Faizul meneliti dokumen yang diberikan penduduk dan berjanji akan menyelesaikan masalah jika diberi mandat Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 Tanjung Surat, Faizul Abdul Ghani bertekad membantu menyelesaikan isu Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) di Taman YPJ, Punggai sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau menegaskan, penduduk berhak mendapat jawapan, tindakan dan jalan penyelesaian yang tuntas terhadap isu berkenaan

Akmal Manaf
Jul 102 min read


“Kenapa DAP Johor jahat, DAP Perak, Pahang baik?”
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) mempersoalkan naratif yang mendakwa DAP Johor sebagai “jahat” sedangkan kerjasama politik membabitkan DAP di negeri lain tidak dipersoalkan. Beliau berkata, serangan terhadap DAP yang dimainkan pihak tertentu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) adalah sebahagian daripada usaha mencipta ketakutan dalam kalangan rakyat, khususnya pengundi Melayu, dengan menggambarkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) sebagai

Sidiqin Omar
Jul 102 min read


“Dulu IC tak ada duit, sekarang IC ada duit”
Tidak pernah dalam sejarah negara kad pengenalan menyediakan wang RM100 kepada warganegara berusia atas 18 tahun kecuali pada era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Sabah, Datuk Jamawi Jaafar (gambar) berkata rakyat kini menikmati manfaat secara daripada dasar Kerajaan MADANI melalui bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad. Menurut beliau, perubahan itu menyebabkan ramai rakyat di Sabah, khu

Sidiqin Omar
Jul 102 min read


Kerajaan Johor tidak stabil jika Pas berperanan?
Sokongan terbuka Pas kepada BN Johor yang membayangkan keinginan parti itu untuk menyertai Kerajaan Negeri sekiranya BN mendapat sejumlah kerusi yang signifikan pada 11 Julai ini wajar menjadi pertimbangan berhati hati pengundi Bangsa Johor. Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar), tiada jaminan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan stabil sekiranya Pas bersama BN, kerana rekod parti itu menunjukkan pendirian politiknya sering be

Akmal Manaf
Jul 102 min read
bottom of page
