top of page

PRN Johor: Kesesakan luar biasa di lebuhraya, anak rantau pulang mengundi

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
Jul 10
1 min read

Kempen menggalakkan rakyat Johor pulang mengundi yang digerakkan Kerajaan MADANI sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, menerima sambutan luar biasa apabila aliran kenderaan menuju ke negeri di selatan tanah air itu meningkat mendadak sejak tengah hari tadi.


Hantaran video tersebut di media sosial dianggap warga net sebagai pecutan saat akhir pengundi anak rantau pulang ke kampung untuk mengundi.


"Perghhh! Dahsyat gelombang senyap rakyat Johor kali ini, 'last minute' buat pecutan balik mengundi. Penuh kenderaan atas jalan.


"Video jam 3.14 petang tadi, berhampiran Nilai dihantar oleh kawan saya menunjukkan ribuan kenderaan bergerak balik untuk mengundi esok," kata seorang netizen.


PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Menurut SPR, seramai 172 calon disahkan bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN pada pilihanraya kali ini.


Bagi Pakatan Harapan, hanya peratusan keluar mengundi yang tinggi sehingga 70% sahaja yang membolehkan gabungan itu memberi saingan sengit kepada BN dan menafikan majoriti 2/3 yang mereka perolehi dalam Pilihan Raya Negeri 2022 lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page